Selamatkah Kereta Kita?

Salam kepada semua pembaca sekalian. Dalam ‘posting’ kali ini, saya ingin berkongsi tentang keselamatan kereta kita. Tidak kira kereta mahal ke, kereta murah. Kalau kereta hilang, boleh ‘patah kaki’ berbulan-bulan, malah bertahun. Maklumlah, harga kereta di Malaysia ni, bukannya murah. Pendek kata, kalau kereta dah hilang, boleh ‘setengah gila’ dibuatnya. Jadi sebelum kereta kita hilang, baik kita beringat-ingat. Betul tak?

Di sini saya bukan nak promosi sistem penggera yang bagaimana yang terbaik. Sebab masing-masing ada kelebihan dan kekurangan tersendiri. Ada pelbagai jenis sistem penggera yang ada di pasaran. Ada yang murah dan mahal, ada yang konvensional dan automatik, pendek kata ada macam-macam. Cara bayar pun macam-macam, ada yang boleh bayar bulan-bulan, ada yang tunai, dan ada yang 3 kali bayar. Cara jualan pun pelbagai, ada yang dijual di kedai aksesori kereta dan ada yang dijual dari rumah ke rumah.
 
Bagi pemilik kereta-kereta baru, tentu anda pernah didatangi oleh penjual-penjual ke rumah, yang sempat membuat demonstrasi bagaimana kereta anda mudahnya dicuri. Tanpa berfikir panjang, terus anda bersetuju membeli peralatan penggera keselamatan kereta syarikat terbabit. Tidak salah sekiranya anda berkemampuan untuk memiliki produk tersebut. Ini menunjukkan betapa anda mengambil berat keselamatan kereta anda. Cuma di sini, saya ingin mengingatkan, taktik dan strategi ‘beberapa’ syarikat penyedia penggera keselamatan kereta yang menjual peralatan terbabit, dengan niat untuk mencuri kereta tersebut di kemudian hari. Jadi sebelum membuat pembelian, atau bersetuju untuk memasang sebarang alat keselamatan pada kereta anda, sila pastikan latar belakang syarikat tersebut, sijil-sijil pengesahan dan pengiktirafan kualiti tentang produk yang dijual itu, misalnya dari PDRM, JPJ dan sebagainya. Jadilah pengguna yang bijak, tidak rugi sekiranya kita menangguhkan dulu pembelian, dan minta mereka datang kemudian hari untuk mendapatkan keputusan pembelian dari kita.
 
Pada pendapat saya, semua sistem penggera keselamatan kereta semuanya sama. Pasti ada kelemahan yang boleh dikesan oleh pencuri kereta profesional. Secanggih manapun alat keselamatan yang dipasang pada kereta kita, bagi pencuri profesional, mereka dapat membukanya dengan mudah, berbekalkan peralatan canggih yang boleh dibeli dari luar negara. Cuma apa yang kita boleh buat, ialah melengah-lengahkan mereka. Oleh itu, di samping peralatan canggih yang dipasang, kita juga jangan lupa untuk menambahkan alat keselamatan konvensional seperti kunci stering, kunci gear, kunci pedal dan sebagainya, bertujuan melengahkan lagi pencuri tersebut.
 
Seperkara lagi, selagi alat sistem keselamatan kereta kita berorientasikan frekuensi, maka peluang untuk kereta itu dicuri masih lagi tinggi. Kerana di pasaran sekarang, terdapat satu alat dipanggil ‘frequency scanner’ yang digunakan untuk mengesan frekuensi alarm kereta kita. Dengan bantuan alat ini, maka dengan mudah, kereta kita dibuka dan operasi seterusnya dijalankan untuk menghidupkan enjin kereta. Jadi selamatkah kereta kita?
 

Frequency Scanner – Alat Pengesan Frekuensi Penggera Kereta

Jadi di sini, disertakan beberapa tip tambahan untuk memastikan keselamatan kereta kita:

1. Letak kenderaan anda di tempat yang menjadi perhatian dan tumpuan orang ramai (bukannya ditempat gelap)
2. Jangan meninggalkan barang yang berharga atau sesuatu yang boleh menarik perhatian pencuri untuk mencuri kerana pencuri memikirkan sesuatu itu adalah barangan yang berharga (biarpun sebenarnya bukan) di dalam kereta anda.
3. Tingkat sistem keselamatan dan penggera kereta anda. (pencuri sekarang nak mencuri pun pakai alat canggih)
4. Jika anda meninggalkan kenderaan anda dalam tempoh yang lama, beritahu orang yang anda PERCAYAI untuk mengawasi kereta anda.
5. Sebelum meninggalkan kereta anda, pastikan tingkap kereta ditutup rapat dan kuncikan kereta anda. Pasang pengunci tambahan (kalau was-was, periksa semula dan sememangnya tidak merugikan)

Akhir sekali, setelah semua usaha telah dilakukan, sebagai orang Islam, jangan lupa berwakal kepada Allah. Tinggalkan kereta kita dengan berdoa, semoga segala harta kita selamat dari kecurian atau sebarang musibah. Jangan lupa, parking di tempat yang selamat sebelum meninggalkan kereta anda.

Posted on 3 Julai 2011, in Penjagaan Kereta. Bookmark the permalink. Tinggalkan komen.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: