Kamera Tersembunyi ( Spy Camera ) di mana-mana – Berhati-hatilah

Salam kepada semua pembaca sekalian. Emm…semalam saya ada letakkan satu posting kat facebook tentang ‘spy camera’ atau kamera tersembunyi. Saja nak test, kalau-kalau ada yang berminat. Kalau kita ‘surf’ kat internet sekarang ni, memang mudah nak dapatkan spy camera ni. Dengan harga yang murah – RM 200 ke bawah. Sesiapa pun boleh memiliki kamera tersembunyi ini.

Walaupun isu ini mungkin agak ketinggalan, namun perlulah sentiasa diperingatkan kerana kita tidak tahu, di mana-mana pun sekarang ada kamera tersembunyi. Bayangkan anda dalam perjalanan pulang ke kampung. Mesti anda akan berhenti untuk kencing di mana-mana tandas, masjid ke, hentian rehat ke, ataupun restoran-restoran. Silap-silap, video anda dah upload ke internet oleh mereka yang tidak bertanggungjawab. So, pendek kata kena berhati-hati, di mana jua anda hendak mendedahkan ‘bahagian tubuh’ rahsia anda. Jangan menjadi tatapan individu tidak bertanggungjawab kelak.

 Anda pasti kenal alat ini – ‘water sprinkler’

Ada baik dan buruknya di sini apabila dengan mudah sekali kita boleh mendapatkannya. Khabarnya di sekitar Jalan Pasar , Pudu, Kuala Lumpur anda boleh dapatkannya dengan harga yang murah sekali. Produk ini kebanyakkannya di import dari negara China yang harganya memang murah dan mampu milik oleh sesiapa sahaja.

Beg kecil yang di dalamnya berisi kamera tersembunyi

Keburukkan yang pasti ketara ialah menggalakkan seseorang mengintai privasi orang lain tanpa pengetahuan mereka. Contoh di rumah yang di sewa, bilik-bilik hotel mahupun mungkin di tandas awam. Pembuatannya yang agak unik dan sukar untuk kita menyedari kehadiran kamera kecil ini biarpun di sebelah kita. Adakah anda akan merasa selamat sekarang ini ?

Pembuatannya yang tersembunyi di sebalik bentuk yang lain termasuk butang baju pasti tidak di sedari oleh individu yang di intai. Seolah seperti wayang gambar “Mission Impossible” yang popular satu masa dahulu dan kini teknologi tersebut sudah boleh di gunakan oleh kita semua. Satu gangguan privasi individu pada pandangan peribadi saya jika terkena pada diri saya.

Tersembunyi di sebalik pelbagai bentuk termasuk butang baju

Apa pandangan pembaca sekalian? Bolehkah penjualan kamera tersembunyi ini di jual di pasaran terbuka tanpa pemantauan pihak berwajib? Ini kerana sepatutnya penjualannya di pantau sama seperti penjualan ubat-ubatan yang perlu mendapat kebenaran pihak tertentu dan di rekod siapa pembelinya agar mudah jika sesuatu yang tidak di ingini berlaku di kemudian hari nanti.

Setidaknya kebaikan yang ada di sini ialah; ianya boleh di gunakan untuk memantau keadaan rumah kita seandainya di pasang di rumah untuk pengawasan dari kes pecah rumah mahupun memantau orang gaji kita yang menjaga anak-anak di rumah semasa ketiadaan kita. Sudah kerap sangat kedengaran orang gaji yang berani membuli kanak-kanak semasa ketiadaan majikan mereka.

Sekiranya anda berkemampuan, bolehlah beli ‘spy camera detector’ – alat pengesan kamera tersembunyi yang boleh boleh didapati dengan harga yang agak murah. Manalah tahu, berguna bila anda ‘terpaksa’ singgah di tempat-tempat yang tidak dijangka, yang berkemungkinan mempunyai banyak kamera tersembunyi. Wassalam.

Posted on 23 Jun 2011, in Keselamatan Diri. Bookmark the permalink. Tinggalkan komen.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: