>Bagaimana Membeli Rumah Lelong

>Salam kepada pembaca semua. Kali ni, aku nak tulis pasal pembelian rumah lelong pulak. Mana tau, berguna kepada sesiapa yang hendak beli rumah sekarang. Bukan apa, bulan Jun nanti, dengar khabar harga rumah bakal naik mendadak. So, sesiapa yang belum ada rumah (termasuklah aku), lepas bulan Jun nanti terpaksalah beli rumah dengan harga yang agak tinggi. Nasiblah orang-orang muda macam aku ni.

Kepada sesiapa yang belum ada rumah, kalau berhajat nak beli rumah, bolehlah pertimbangkan nak beli rumah lelong. Tapi kena lah tengok rumah tu dulu macamana, kawasan dia strategik ke tidak, dan samada rumah tu rumah lama atau baru. Kadang-kadang rumah lelong murah, tapi kita kena spend duit pulak nak merepair rumah tersebut. Yang paling untung, dapat beli rumah lelong yang baru, mungkin pembeli asal tak dapat bayar rumah tu. So bank lelong lah rumah tu. Boleh la beli rumah macam tu.

Berikut merupakan tips, langkah-langkah yang perlu diambil oleh kita untuk membeli rumah lelong ni :

1. Menyediakan Deposit
Amaun deposit adalah bersamaan 5% ATAU 10% daripada Harga Rezab.
Anda perlu memastikan amaun ini daripada terma-terma di dalam Pengisytiharan Jualan (Proclamation of Sales) di iklan-iklan lelongan tersebut di akhbar atau pun melalui pelelong berkenaan.

2. Membuat Bayaran Deposit
Kebiasaannya 2 jenis bayaran yang diterima untuk deposit adalah melalui ‘Bankers Cheque dan ‘Cashiers Order’. Ada juga pelelong yang terima Kad Kredit atau Tunai.

Sekali lagi, anda perlu dapatkan maklumat ini di dalam Pengisytiharan Jualan atau menghubungi pelelong berkenaan. Adalah sebaiknya untuk mengelak daripada membayar secara Tunai.

3. Mendaftar Diri sebagai Pembida.
Hadir awal 1/2 jam sebelum lelongan untuk pendaftaran. Pastikan anda membawa bersama deposit anda untuk pendaftaran dan mendapatkan resit bayaran/borang pendaftaran pembida daripada pelelong.

Sila pastikan juga no. lelongan hartanah adalah sama dengan hartanah yang ingin dibida oleh anda. *Elakkan daripada memaklumkan kepada orang yang tidak dikenali daripada mengetahui hartanah yang ingin anda bida dan juga harga tertinggi yang sanggup anda bida. Ini adalah untuk mengelakkan daripada diketahui oleh sindiket di lelongan tersebut.

4. Menggunakan Ejen sebagai wakil anda
Boleh mendapatkan khidmat ejen hartanah yang boleh bertindak sebagai wakil kepada anda untuk membuat bidaan. Pastikan ejen tersebut adalah daripada wakil syarikat ejen hartanah yang sah, seperti saya.

5. Membuat Bidaan
Anda akan diberikan pad bidaan untuk membuat bidaan apabila giliran hartanah yang ingin dibida anda tiba. Pelelong akan membaca sedikit maklumat asas mengenai hartanah sebelum bidaan dimulakan pada harga rezab. Pelelong juga biasanya akan mengumumkan amaun kenaikan setiap bidaan jika terdapat lebih dari satu pembida, contohnya kenaikan RM1,000 pada setiap bidaan. Anda hanya perlu menunjukkan no. bidaan anda apabila ingin membuat bidaan. Lelongan akan berhenti apabila tiada lagi persaingan untuk bidaan.

6. Pengumuman pembida berjaya
Setelah tiada lagi pembida yang memuat tawaran lebih tinggi, pelelong akan mengira sehingga 3 (1,2,3) dan seterusnya mengetuk tukul menandakan lelongan ditutup dan mengumumkan pembida yang berjaya. Pembida yang berjaya kemudiannya dikehendaki untuk menandatangani borang penerimaan belian dan membayar baki deposit kepada pelelong selepas lelongan berakhir pada hari yang sama.

7. Mendapatkan Pinjaman
Dalam tempoh 90 atau 120 hari (tengok balik dalam POS), pembeli dikehendaki menjelaskan baki harga jualan sama ada dengan mendapatkan pinjaman ataupun membayar tunai. Jika tidak dilaksanakan, pembeli berisiko berhadapan kehilangan wang deposit melainkan kelewatan adalah bukan disebabkan oleh pembeli. Boleh minta lanjutan tempoh drpd pihak Bank tetapi atas budi bicara bank tersebut untuk memberi lanjutan tersebut. (bahaya!)

Untuk pengetahuan pembaca semua, aku ni tak pernah lagi beli rumah lelong. Cuma ini dapat dijadikan sedikit panduan untuk aku dan korang semua kalau teringin nak beli rumah lelong. Satu lagi tip penting, ada 2 jenis loan. Satu loan baik, dan satu loan ‘jahat’.

Loan baik ialah loan rumah, sebab bila kita beli rumah, harga rumah akan terus naik. Katakanlah harga rumah kita beli RM 100 ribu, dalam masa 10 tahun harga dia naik RM 200 ribu. Jadi, tak rugilah kalau kita buat loan 30 tahun sampai RM200 ribu. Pasal dalam masa 10 tahun je, kita dah dapat balik modal loan.

Manakala loan jahat ialah selain loan rumah, iaitu loan kereta, personal loan dan apa-apa jenis loan lah. Sebab bila kita nak jual barang yang kita beli tu, harga mesti jatuh dan kita pasti rugi. So kalau korang dah ada kereta, tapi berhajat nak beli kereta besar pulak, baik fikir banyak kali. Kalau kereta tu, masih boleh digunakan dan selesa untuk korang sekeluarga, baik tangguhkan dulu pembelian kereta tu. Beli rumah dulu. Sebab, kalau beli rumah pada umur muda, kita dapat bayaran bulanan yang lebih rendah. Kalau dah berusia, baru nak beli rumah, terpaksalah kita bayar bulan-bulan pada harga tinggi.

Ok, setakat ni dulu tulisan aku pasal jual beli rumah lelong ni. Kalau korang ada pendapat nak share kat sini, sila tinggalkan komen. Mungkin boleh berkongsi dengan pembaca-pembaca lain kat sini. Sekian.

Posted on 26 Mac 2011, in Pelbagai. Bookmark the permalink. Tinggalkan komen.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: