>Apa itu kad debit?

>Hari ini saya ingin berkongsi dengan para pembaca, Apa itu Debit Kad?

Mungkin ramai yang telah mengetahui Debit Kad , tetapi tujuan saya menulis disini adalah untuk memberi sedikit pengetahuan tentang ilmu Perbankan.

DEBIT KAD – sejenis produk kewangan yang dikeluarkan oleh Bank.

Lebih dikenali sebagai “Plastic Money” atau “Cek Elektronik” kerana fungsinya sebagai alternatif lain sebagai pengganti TUNAI.

Kad Debit bukanlah kad hutang seperti Kredit Kad. Kad Debit hanya akan berfungsi sekiranya di dalam akaun kita ada duit. Jadi sekiranya kita nak gunakan Kad Debit, check baki adakah ia mencukupi dengan nilai barangan yang kita nak beli, sekiranya baki akaun kita kurang dari nilai barangan maka pandai-pandailah masukkan duit dalam akaun.

Memandangkan keperluan untuk menggunakan Kad Debit semakin meningkat, maka kebanyakan bank menawarkan pembukaan akaun Debit Kad dengan mudah, tak perlu lagi mengisi borang ataupun dengan waktu yang singkat kita dah boleh akaun.

Antara bank yang menawarkan Kad Debit :

Public Bank
Maybank
Al Rajhi Bank
EON Bank
Dan hampir kesemua bank ada menawarkan Kad Debit
Biasanya logo VISA atau MASTERCARD akan tertera di Kad Debit

Apakah fungsinya?

Kita boleh gunakan Kad Debit untuk beli barangan dapur di supermarket, petrol, tiket penerbangan, makan malam, hotel dan macam-macam lagi perkhidmatan secara offline ataupun online atau melalui internet.

Kepada yang biasa dengan perniagaan internet dan kadang-kadang mereka membuka akaun PAY PAL, dengan Kad Debit juga mereka boleh memindahkan baki akaun PAY PAL mereka ke akaun Debit Kad dan kita terus boleh keluarkan wang tunai.

PERINGATAN : Untuk membuat belian secara online atau melalui internet kita perlu membuat permohonan kepada Bank Pengeluar Kad untuk mengaktifkan transaksi online kita. Ini adalah sebagai langkah keselamatan sekiranya ada berlaku kecurian kad. Cuma telefon jer Bank

Transaksi Biasa: Tunjukkan Debit Kad anda kepada kaunter pembayaran dan mereka akan cajkan kad anda.

Kebaikan Debit Kad:

  1. Tidak perlu bawa wang tunai yang banyak untuk melakukan pembelian, Cuma pastikan akaun Debit Kad anda mempunyai baki yang mencukupi untuk satu-satu belian.
  2. Mengurangkan risiko kehilangan wang tunai samada melalui kecurian, rompakan ataupun ragut
  3. Dengan Debit Kad kita berkeupayaan menguruskan kewangan seharian kita dengan lebih baik sebab kita tidak boleh menggunakan kad kita sewenang-wenangnya
  4. Boleh digunakan untuk mengeluarkan tunai di ATM, tanpa caj tambahan kerana kebanyakan Kad Debit adalah kad ATM
  5. Tiada surcaj atau interest bahkan ada beberapa Bank memberi Rebet ke atas pengguna Kad Debit

Keburukan Debit Kad:

  1. Sekiranya berlaku kecurian kad dan kita lambat membuat laporan ke pihak Bank, kad kita mungkin boleh disalah gunakan. Nasihat saya, kalau kita hilang Debit Kad …terus sahaja telefon bank yang berkenaan untuk blok Debit Kad kita.
  2. Kalau system offline, kita tak boleh guna Kad Debit
  3. Kebanyakan bank mengenakan caj perkhidmatan tahunan kepada setiap pemegang Kad Debit tapi taklah mahal sangat dalam lingkungan RM8 ke RM12 setahun
  4. Tidak semua tempat boleh digunakan.

Semoga pembaca dapat menimba sedikit ilmu dengan tulisan saya ini.

Posted on 22 Mac 2011, in Pelbagai. Bookmark the permalink. Tinggalkan komen.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: