>Line Broadband Vs Mobile Broadband

>Salam kepada semua pembaca semua. Kali ini saya nak cerita pasal kelebihan dan kekurangan line broadband (contohnya TM Streamyx) dengan mobile broadband (contohnya Celcom Broadband). Namun sebelum itu, kita faham sikit dulu tentang ‘term’ ISP dan DSL dulu.

ISP ialah ringkasan kepada Internet Service Provider. Dengan kata lain, syarikat yang menyediakan perkhidmatan Internet kepada pengguna.

DSL pula ringkasan kepada Digital Subscriber Line. Merujuk kepada cara bagaimana internet itu disambungkan.

Walaupun terdapat banyak ISP untuk DSL di Malaysia, untuk end-home user, TMnet memonopoli keseluruhan pasaran. Antara pakej ditawarkan ialah TMnet Streamyx dan juga TM UniFi.

Ok, sekarang kita lihat pula kelebihan dan kekurangan antara penyedia perkhidmatan internet secara ‘line’ dan juga ‘mobile’.

Mobile Broadband (wireless broadband)

Kelebihan:

■Mobiliti – boleh dibawa dan digunakan di mana-mana
■Plug and play – hanya cucuk dan install. Korang dah boleh akses internet tanpa memerlukan sebarang bantuan teknikal.
■Banyak pilihan pakej – kat Malaysia saja, dah ada lebih kurang 5 syarikat yang sediakan khidmat mobile broadband. Bermula dari Celcom hingga ke P1 WiMAX, korang boleh pilih mana yang sesuai.

Kelemahan:

■Download terhad. Pakej maksimum menyediakan data usage sehingga 12GB/bulan. Pakej yang biasa digunakan ialah 3GB/bulan. Kalau yang suka download movie tu, 3GB bersamaan 2 bijik movie kualiti standard.
■Kos tinggi sekiranya melebihi limit. Kebanyakan penyedia khidmat mobile broadband akan caj dengan kadar yang lebih tinggi sekiranya korang melebihi data limit.
■Kelajuan rendah. Walaupun ada penyedia khidmat mobile broadband menawarkan kelajuan sehingga 7.2Mbps, realitinya, kelajuan yang biasa dicapai ialah di bawah 1MBps.
■Coverage. Ini antara masalah yang paling signifikan dengan mobile broadband. Coverage kurang akan bagi kesan yang besar terhadap kelajuan broadband korang.
Fixed Line Broadband / Digital Subscriber Line (DSL)

Fixed Line Broadband / Digital Subscriber Line (DSL)

Kelebihan:

■Murah. Pakej yang ditawarkan untuk line broadband adalah jauh lebih murah dari mobile broadband.
■Unlimited/High download usage. Kebiasaannya, penyedia line broadband seperti Streamyx menawarkan pakej penggunaan data yang tidak terhad(unlimited). Ini bermakna korang leh download seberapa banyak movie, games, software yang korang nak. = )
■Kelajuan tinggi. Baru-baru ni, TM melancarkan pakej Unifi dengan kelajuan sehingga 20 Mbps(broadband kelajuan tinggi). Harga minimum ditawarkan untuk pakej ini ialah RM199. Berbanding mobile broadband, dengan harga yang lebih kurang sama, korang hanya dapat kelajuan sekitar 1Mbps dan data usage terhad kepada 12GB/sebulan.
■Konsisten connection (sambungan). Line broadband lebih dipercayai berbanding mobile broadband. Connection (sambungan) lebih stabil berbanding mobile broadband.

Kelemahan:

■Terhad kepada satu lokasi. Fixed line broadband hanya terhad digunakan di rumah anda. Walaupun anda boleh tingkatkan range dengan WiFi tapi masih limited kepada sekitar kawasan rumah.
■Pilihan terhad. Setakat ni khidmat line broadband rumah di Malaysia yang dominan ialah TM. Korang boleh lihat penyedia DSL di Malaysia di sini.
■Kesukaran Teknikal. Walaupun, setting up home broadband dikatakan senang bagi sebilangan pengguna. Namun majoriti daripada pengguna mengalami kesukaran dalam mengistall home broadband sendiri.

Apa pendapat korang?

Posted on 6 Mac 2011, in Pelbagai. Bookmark the permalink. Tinggalkan komen.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: