>Sejarah Perkembangan Processor Intel

>

Assalamualaikum…dah lama saya tak menulis di blog ni. Almaklumlah agak sibuk dengan tugas di sekolah di samping sibuk menyiapkan blog clients. Ceh, macam ramai je client…he he.

Tengah cari-cari bahan nak tulis dalam blog ni tadi, tetiba teringin nak tahu pasal teknologi terkini dalam ‘processor’ Intel. So google lah pasal sejarah perkembangan intel ni dari internet. Seronok gak baca, so kongsilah sikit kat pembaca kat blog ni.

Rupa-rupanya, Intel dah mula keluarkan cip pemproses sejak tahun 1971 lagi, dengan kelajuan 4 bit, cukup untuk menjadi ‘otak’ kalkulator pada waktu itu. Kemudian cip pemproses Intel ini berkembang lagi untuk tahun-tahun seterusnya. Berikut adalah perkembangan Intel dari 1972 hinggalah sekarang.

1972 – pemproses 8 bit pertama i8008
1978 – pemproses i8086, prosesor ini memiliki register 16-bit
1985 – pemproses i80386, sebuah prosesor 32-bit
1993 – pemproses Pentium mula diperkenalkan dengan kelajuan lebih tinggi dari sebelumnya
1995 – pemproses Pentium Pro
1996 – pemproses
Pentium MMX
1997 – pemproses Pentium II
1998 – pemproses Pentium II Xeon, dengan kelajuan 450 MHz
1999 – pemproses Pentium III
2000 – pemproses Pentium 4
2006 –
pemproses Core 2 Duo, mengalami pelbagai revolusi dengan lahirnya Intel Centrino Duo, Intel Core 2 Extreme QX9300 dan Core 2 Quad Q8200

Terkini – pemproses Intel Core i7, paling pantas di dunia setakat ini.

Demikianlah perkembangan teknologi Intel dari dulu sampai sekarang. Bayangkan dulu nak ‘on’ komputer boleh makan berjam-jam lamanya, sekarang dalam masa beberapa saat saja kita dah boleh on komputer. Begitulah teknologi berkembang sesuai dengan tuntutan zaman. Semakin berkembang teknologi komputer ini, makin pantaslah dunia akan bergerak.

Persoalannya, adakah kita di Malaysia sepantas teknologi seperti di negara-negara maju sekarang? Kalau di negara Jepun, teknologi internet mereka boleh capai sehingga 10mbps pada tahun 2009 dan ia percuma kepada rakyat mereka. Sedangkan kita di Malaysia, kelajuan internet kita baru saja sampai 3.6 mbps dan perlu dibayar mahal untuk menggunakannya. Bagaimana kita hendak menjadi semaju Jepun dan negara-negara maju yang lain…?



Posted on 21 Februari 2011, in Pelbagai. Bookmark the permalink. Tinggalkan komen.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: