>Redmummy – Lagi Blogger bergelar Jutawan

>Gempar satu Malaya beb. Seorang lagi blogger menjadi jutawan dengan penulisannya di blog. Sebelum ini kita biasa mendengar nama Irfan Khairi, kini seorang lagi bernama Mira Abu Bakar, dengan Redmummy.com. Samada percaya atau tidak, beliau telah pun bergelar jutawan. Tahniah buat penulis blog Redmummy.com atas kejayaan beliau. Rasa bersemangat semula untuk menulis blog ni, he he.

Kepada anda yang masih belum mempunyai blog sendiri (personal blog) ataupun blog perniagaan, jangan lepaskan peluang ini untuk mencipta blog dan peminat anda sendiri. Bukan apa, lagi awal anda bermula, lagi cerah peluang anda untuk berjaya di masa akan datang. Kerana orang perlukan masa untuk mengenali blog anda, seterusnya menjadi peminat anda.

Saya teringat satu filem bertajuk ‘Kayangan’ lakonan Fazura. Filem ni dah lama, berkisar percintaan antara seorang putera raja dengan seorang gadis kampung. Fazura seorang gadis kampung, berkululusan Ijazah Sains Sosial, mempunyai prinsip tersindiri dalam menanggapi darjat-darjat sosial dalam masyarakat. Ketegasan prinsipnya itu, berjaya mencuit hati seorang putera raja yang masih keliru dalam mencari cinta sebenarnya. Apa yang menarik, Fazura selalu menulis berkaitan pendapatnya tentang cinta di dalam blognya yang sentiasa diikuti oleh adik putera raja tersebut. Adik putera raja tersebut, sentiasa mendapatkan tip tentang cinta dari blog tersebut, sehingga berjaya mencari cintanya yang sejati. Fuh, kalau nak cerita memang panjanglah, nanti kalau ada ulang tayang kat Astro Ria, hangpa tengoklah sendiri ya.

Cuma kat sini, saya nak bagitau, kalau stail penulisan kita dalam blog tu, kena dengan minat pembaca, mereka akan menjadi peminat setia blog kita tu nanti. Dari situlah, kita membina peminat blog tersendiri, dan secara tidak langsung dapat menjana pendapatan.

Ramai yang tanya saya, macamana nak bina blog. Jawapannya sudah berulang kali saya ulang dalam blog ni. Kita dapat bina blog dalam masa 10 minit je. Pergi ke blogger.com. Ikuti langkah mudah 1 2 3 yang disediakan, anda sudah mempunyai blog tersendiri. Mudahkan?

Habis tu, camane saya nak cari makan, kalau hangpa semua dah pandai buat blog sendiri, haha. Takpe, kalau anda dah pandai buat blog sendiri, saya memang suka. Itu bermakna, anda sudah satu langkah ke depan dari berpuluh-puluh langkah sebagai penulis blog.

Macam yang saya biasa bagitau, menulis blog ialah satu kemahiran, dan membina blog adalah satu kemahiran lain. Ramai yang boleh membina blog canggih, tapi tidak mahir menulis blog. Ada pula yang mahir menulis, tapi tidak mahir membina blog canggih. Bagi yang kurang mahir menulis, anda boleh meningkatkan kemahiran penulisan blog anda melalui pembacaan di internet, buku, e-book dan sebagainya. Insyaallah, anda akan mahir.

Manakala bagi yang kurang mahir membina blog canggih, anda boleh meningkatkan kemahiran teknikal pembinaan blog ini, melalui kajian sendiri dan ‘test and error’. Mungkin, MASA adalah penghalang anda. Bagi yang mempunyai masa, anda boleh test and error 24 jam di depan komputer. Tapi bagi yang tiada masa untuk itu semua, alamat macam tu lah keadaan blog anda.

Justeru, di situlah tugas saya sebenarnya. Membantu anda memudahkan kerja anda. Hanya dengan RM 80.00 anda akan dapat sebuah blog yang lengkap spefikasi canggih seperti sebuah laman web. Saya akan upgrade blog anda, menjadi blog yang kelihatan seperti sebuah laman web.

Amboi, promote pulak kan? Saja je, saya pun kalau boleh nak jadi jutawan macam Redmummy juga (atau nama bloggernya Mira Abu Bakar). Sampai Lembaga Hasil Dalam Negeri pun dah standby, nak kejar dia untuk income tax. LHDN ni, tau je gaji orang nak income tax. So, anda bersedia lah untuk di kejar oleh LHDN ya. Kalau senyap-senyap je, takpe. Ni dah keluar muka depan Berita Harian, alamat kena kejarlah kan. Tapi takpelah, dah kaya, apa salahnya menyumbang untuk negara.

Jadi langkah pertama (first step) anda ialah – bina blog sendiri dengan identiti tersindiri. Kemudian, mula menulis sesuatu yang anda rasa orang minat nak baca. Tentang kecanggihan sebuah blog yang anda risaukan, serahkan kepada pakar untuk membinanya. Lagi cepat anda bertindak, lagi cepat anda akan belajar tentang dunia blog ini. Dan lagi cepat anda berpeluang menjana pendapatan dari blog anda nanti.
Ok. Jangan lupa call saya untuk dapatkan blog / upgrade blog anda ya.

Posted on 25 Januari 2011, in Pelbagai. Bookmark the permalink. Tinggalkan komen.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: