Monthly Archives: Januari 2011

>Tip Blogging dari Jutawan Redmummy.com

>Bagaimana menjana pendapatan dari blog? Jawapannya mudah, tingkatkan ‘traffic’ atau bilangan pengunjung ke blog anda. Kalau sehari anda boleh ada 1000 pengunjung ke blog anda, tidak mustahil anda bakal menjadi jutawan satu hari nanti.

Apa kaitannya antara peningkatan jumlah ‘traffic’ dengan pendapatan? Jawapannya pun cukup mudah, apabila pengunjung ke blog anda telah ramai, anda letakkan iklan-iklan berbayar dari Google Adsense ataupun Nufnang. Syarikat-syarikat ini akan membayar anda bagi setiap iklan yang di klik oleh pengunjung-pengunjung blog. Ok, cakap banyak pun tak guna. Ini merupakan salah satu contoh cek yang diterima oleh Jutawan Redmummy kita :

Amacam ? Teringin dapat cek macam ni? Tiada yang mustahil… anda juga mampu memiliki cek yang sama satu hari nanti. Bagaimana? Ok kita dapatkan rahsia yang dikongsi oleh beliau sendiri dalam blog :

  1. Traffic yg paling penting. Tambahkan hits/readers blog korang. 100 per day? Tak cukup! Make it thousandsssssssssss of readers per day. Cara nak tambah hits? Rajin2 la blog hopping, leave a komen and jejak, join bloggers gathering, macam2 lagi la. Kena la rajin sket. Ni ulangan ya “Saya hanya dapat income selepas 2 tahun berblogging. 2 tahunnnn!” So momantai ok!
  2. Minat berblogging kena ade. Jangan berblog semata2 nak dapatkan duit. Buat sesuatu tu kena ade minat, baru menjadi :)
  3. Tonjolkan keunikan blog anda, olah dengan gaya bahasa korang sendiri, cerita benda2 yang orang suka baca. Barulah readers keep on coming dokk?
  4. Kalo twitter pulak, tambahkan follower bagi lagi ramai. Aktif sket bertweet :) Actually all about networking. Makin ramai readers/followers, prospek lagi cerah nak buat duit :)

Ok dah ada semua tuh, barulah advertisers through Nuffnang nak engage dengan kita. Selain dari buffered earnings, yang buat ribu-riban tu is the sponsored posts / advertorials. Ni contoh yek, bukan harga betul nih…katalah satu sponsored post berharga RM2,000….multiple lah dengan berapa adv yang kita buat.

Untuk dapatkan pelbagai lagi tips blogging, apa kata anda lawat sendiri ke blog Redmummy.com…

Advertisements

>Redmummy – Lagi Blogger bergelar Jutawan

>Gempar satu Malaya beb. Seorang lagi blogger menjadi jutawan dengan penulisannya di blog. Sebelum ini kita biasa mendengar nama Irfan Khairi, kini seorang lagi bernama Mira Abu Bakar, dengan Redmummy.com. Samada percaya atau tidak, beliau telah pun bergelar jutawan. Tahniah buat penulis blog Redmummy.com atas kejayaan beliau. Rasa bersemangat semula untuk menulis blog ni, he he.

Kepada anda yang masih belum mempunyai blog sendiri (personal blog) ataupun blog perniagaan, jangan lepaskan peluang ini untuk mencipta blog dan peminat anda sendiri. Bukan apa, lagi awal anda bermula, lagi cerah peluang anda untuk berjaya di masa akan datang. Kerana orang perlukan masa untuk mengenali blog anda, seterusnya menjadi peminat anda.

Saya teringat satu filem bertajuk ‘Kayangan’ lakonan Fazura. Filem ni dah lama, berkisar percintaan antara seorang putera raja dengan seorang gadis kampung. Fazura seorang gadis kampung, berkululusan Ijazah Sains Sosial, mempunyai prinsip tersindiri dalam menanggapi darjat-darjat sosial dalam masyarakat. Ketegasan prinsipnya itu, berjaya mencuit hati seorang putera raja yang masih keliru dalam mencari cinta sebenarnya. Apa yang menarik, Fazura selalu menulis berkaitan pendapatnya tentang cinta di dalam blognya yang sentiasa diikuti oleh adik putera raja tersebut. Adik putera raja tersebut, sentiasa mendapatkan tip tentang cinta dari blog tersebut, sehingga berjaya mencari cintanya yang sejati. Fuh, kalau nak cerita memang panjanglah, nanti kalau ada ulang tayang kat Astro Ria, hangpa tengoklah sendiri ya.

Cuma kat sini, saya nak bagitau, kalau stail penulisan kita dalam blog tu, kena dengan minat pembaca, mereka akan menjadi peminat setia blog kita tu nanti. Dari situlah, kita membina peminat blog tersendiri, dan secara tidak langsung dapat menjana pendapatan.

Ramai yang tanya saya, macamana nak bina blog. Jawapannya sudah berulang kali saya ulang dalam blog ni. Kita dapat bina blog dalam masa 10 minit je. Pergi ke blogger.com. Ikuti langkah mudah 1 2 3 yang disediakan, anda sudah mempunyai blog tersendiri. Mudahkan?

Habis tu, camane saya nak cari makan, kalau hangpa semua dah pandai buat blog sendiri, haha. Takpe, kalau anda dah pandai buat blog sendiri, saya memang suka. Itu bermakna, anda sudah satu langkah ke depan dari berpuluh-puluh langkah sebagai penulis blog.

Macam yang saya biasa bagitau, menulis blog ialah satu kemahiran, dan membina blog adalah satu kemahiran lain. Ramai yang boleh membina blog canggih, tapi tidak mahir menulis blog. Ada pula yang mahir menulis, tapi tidak mahir membina blog canggih. Bagi yang kurang mahir menulis, anda boleh meningkatkan kemahiran penulisan blog anda melalui pembacaan di internet, buku, e-book dan sebagainya. Insyaallah, anda akan mahir.

Manakala bagi yang kurang mahir membina blog canggih, anda boleh meningkatkan kemahiran teknikal pembinaan blog ini, melalui kajian sendiri dan ‘test and error’. Mungkin, MASA adalah penghalang anda. Bagi yang mempunyai masa, anda boleh test and error 24 jam di depan komputer. Tapi bagi yang tiada masa untuk itu semua, alamat macam tu lah keadaan blog anda.

Justeru, di situlah tugas saya sebenarnya. Membantu anda memudahkan kerja anda. Hanya dengan RM 80.00 anda akan dapat sebuah blog yang lengkap spefikasi canggih seperti sebuah laman web. Saya akan upgrade blog anda, menjadi blog yang kelihatan seperti sebuah laman web.

Amboi, promote pulak kan? Saja je, saya pun kalau boleh nak jadi jutawan macam Redmummy juga (atau nama bloggernya Mira Abu Bakar). Sampai Lembaga Hasil Dalam Negeri pun dah standby, nak kejar dia untuk income tax. LHDN ni, tau je gaji orang nak income tax. So, anda bersedia lah untuk di kejar oleh LHDN ya. Kalau senyap-senyap je, takpe. Ni dah keluar muka depan Berita Harian, alamat kena kejarlah kan. Tapi takpelah, dah kaya, apa salahnya menyumbang untuk negara.

Jadi langkah pertama (first step) anda ialah – bina blog sendiri dengan identiti tersindiri. Kemudian, mula menulis sesuatu yang anda rasa orang minat nak baca. Tentang kecanggihan sebuah blog yang anda risaukan, serahkan kepada pakar untuk membinanya. Lagi cepat anda bertindak, lagi cepat anda akan belajar tentang dunia blog ini. Dan lagi cepat anda berpeluang menjana pendapatan dari blog anda nanti.
Ok. Jangan lupa call saya untuk dapatkan blog / upgrade blog anda ya.

>YES – Teknologi 4G untuk pertimbangan anda!

>Tentu ramai antara kita yang sedar tentang kemunculan teknologi 4G yang dikeluarkan oleh penyedia perkhidmatan YES. Boleh google tentang teknologi 4G oleh syarikat ini di internet.

Apa yang saya hendak terangkan di sini ialah tentang penjimatan yang boleh anda buat menggunakan perkhidmatan YES ini. Ini berdasarkan kajian saya selama beberapa hari di internet.

Biasanya pakej-pakej yang ada hari ini, mengasingkan penggunaan internet dan perkhidmatan call dan sms. Misalnya, saya menggunakan plan Executive 50 celcom untuk telefon, dan pakej internet RM 48 untuk menggunakan internet. Jadi lebih kurang, saya guna RM 98 untuk internet dan telefon. Bagaimana dengan anda?

Berikut adalah maklumat tentang pakej-pakej yang disediakan oleh syarikat telekomunikasi di negara kita untuk makluman anda semua:

Celcom
Exec 20 – call 50 min, sms 100
Exec 50 – call 200 min (3 jam), sms 100
Exec 250 – call 1500 min (26 jam), sms 500

Maxis
Value First 30 – call 50 min, sms 100
V 50 – call 200 min, sms 200
V 80 – call 400 min (6 jam), sms 200
v150 – call 1050 min (16 jam), sms 300

Digi
DG 30 – call 100 min, sms 100
DG 50 – call 300 min (5 jam), sms 100
DG 150 – call 1200 min (20 jam), sms 300

Bagi pengguna teknologi telefon pintar, yang gemar melayari internet melalui telefon mereka, sudah pasti menginginkan satu plan yang lebih menjimatkan, kerana penggunaan internet melalui telefon sangatlah berbeza dengan penggunaan internet di laptop. Mereka cuma sekadar untuk memeriksa email, akaun facebook, twitter dan melayari internet untuk jangka masa yang sekejap.

Sekiranya anda pengguna telefon pintar, yang suka melayari internet melalui telefon, adalah lebih baik anda mengambil plan 4G YES ini. Di sini maklumat tentang penjimatan yang anda boleh buat melalui plan ini.

YES
RM 30 permonth – call 200 min (3jam), sms 100
internet 20 jam, email 150

Dengan RM30.00 sebulan, anda boleh telefon macam biasa (pelan Executive 50) dan menggunakan internet untuk memeriksa akaun email dan facebook anda. Bagaimana, jimat tak? Untuk membuat kiraan yang lebih menepati citarasa anda, sila ke laman web YES di sini.

Jika anda sudah menggunakan YES, sila kongsikan pengalaman anda dengan pembaca di sini.
Saya pun tak sabar nak gunakan teknologi 4G ini.