>Laman Blog Anda Tidak Ramai Pelawat?

>Tahukah anda, menghasilkan laman web / blog dalam zaman sekarang adalah sangat mudah? Hanya dalam masa 10 minit, anda dapat menghasilkan satu laman web / blog dengan menggunakan perkhidmatan ‘hosting’ yang percuma.

Tetapi, tahukah anda, menghasilkan blog ‘e-commerce’ yang berjaya menarik minat pelawatnya dan ‘pengalaman’ yang terbaik buat mereka, bukanlah sesuatu perkara yang mudah.

Dalam perkembangan teknologi internet yang sangat pantas sekarang, kita dapati pelbagai produk dan perkhidmatan yang boleh didapati secara on-line. Tetapi mengapa kebanyakan laman web dan blog-blog yang dibina ini tidak berjaya dalam ‘e-commerce’ nya. Ini kerana mereka mengabaikan perkara-perkara penting yang telah dibuat laman-laman web dan blog yang telah berjaya.

Apakah rahsia kejayaan laman web dan blog mereka yang tidak ada pada anda?

1. Nama laman web @ blog anda

Nama laman web dan blog yang mudah diingat oleh pengguna dan mudah dicari melalui ‘google’. Carilah nama blog yang lebih khusus untuk produk anda. Misalnya jika anda menjual air mineral, jangan letak nama blog anda sebagai ‘airmineral.com’.

Ini kerana jika anda ‘google’ di internet, yang keluar nanti adalah laman blog pesaing-pesaing anda, yang boleh mengurangkan jualan anda.

Sepatutnya anda meletakkan nama yang lebih khusus untuk produk anda, misalnya ‘ecipi.com’ ataupun ‘ecipienergywater.com’.

2. Reka bentuk blog

Untuk menghasilkan rekabentuk blog dan web yang menarik, memerlukan sedikit pengalaman dan kemahiran yang agak tinggi. Bagi mengatasi perkara ini, saya mencadangkan anda semua supaya melakukan sedikit kajian ke atas 100 laman web dan blog. Insyaallah, anda akan mempunyai idea bagaimana menghasilkan rekabentuk blog yang dimahukan.

Selain itu, terdapat pelbagai pengendali hosting samada di dalam atau di luar negara yang menyediakan perkhidmatan membuat laman blog dan web, tanpa memerlukan kemahiran yang tinggi. Cuma pilih bagaimana rekabentuk yang anda inginkan, dan mula memasukkan bahan-bahan yang diperlukan ke dalam laman web dan blog tersebut.

3. Animasi dan Grafik

Animasi dan grafik yang terlalu banyak, akan menyebabkan laman web dan blog anda susah dan lambat untuk dilawati. Bayangkan untuk membuka laman blog tersebut mengambil masa 1 ke 2 minit, sudah pasti pelawat-pelawat akan ‘switch’ ke laman web yang lain.

Bergantung kepada tujuan laman web atau blog tersebut, pastikan animasi dan grafik yang diletakkan tidak mengganggu tumpuan pelawat untuk melawat laman blog anda.

4. Mesra pengguna

Penggunaan ‘pages’ yang sesuai, dapat memudahkan pengguna dan pelawat laman blog anda mencari maklumat yang diinginkan. Ini memberikan pengalaman yang menarik kepada mereka dan seterusnya melawat lagi laman blog anda pada masa akan datang untuk beberapa kali lagi.

5. Tujuan blog

Sekiranya tujuan blog kita bermotifkan keuntungan seperti ‘e-commerce’, maka kita perlu melihat bagaimana pelawat laman web tersebut mendapat pengalaman yang menarik ‘shopping’ di situ.

Pemasar-pemasar melalui internet yang mempunyai bajet yang kecil, boleh memilih pengendali ‘hosting’ yang percuma seperti blogspot dan wordpress.

Tetapi terdapat banyak sekatan ataupun ‘limited’ yang ada pada pengendali hosting percuma ini. Antaranya ialah masalah ‘memory space’ yang kecil, pilihan nama yang terhad, kreadibiliti yang rendah dan sebagainya.

Sekiranya anda bercadang untuk menjadikan internet sebagai medium pemasaran yang utama bagi perniagaan anda, maka mahu tidak mahu anda perlu beralih kepada pengendali hosting yang berbayar.

Ramai yang takut untuk invest dalam ‘hosting’ berbayar ini kerana bimbang akan kosnya yang mungkin tinggi. Tahukah anda, memiliki laman blog dengan domain seperti .com ataupun .net sekarang ini tersangatlah murah. Hanya dengan RM 60, anda sudah boleh memiliki sebuah laman blog yang lebih canggih berbanding laman blog yang anda sekarang.

Sila pergi ke ‘netkl.com’ untuk mendapatkan pakej yang terbaik untuk perkhidmatan anda.

Kepada pembaca yang mempunyai cadangan dan tip-tip lain, untuk meningkatkan jumlah trafik ke laman blog, sila kongsikannya di sini.

Terima kasih.

Posted on 9 November 2010, in Pelbagai. Bookmark the permalink. Tinggalkan komen.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: