Monthly Archives: Oktober 2010

>Pelaburan Emas vs Pelaburan ASB – Mana pilihan anda?

>“Ingat-ingat bila dah ada duit lebih nanti. Nak buat pelaburan. Tapi masih tercari-cari tempat nak ‘invest’.”

Jika anda pernah terfikir macam ni sebelum ni, atau sekarang ni, ataupun mungkin pada masa akan datang. Agak-agak ke mana nak labur? Ada pelbagai instrumen pelaburan yang boleh dipilih. Yang paling rendah risikonya ialah melabur dalam ASB.

Tapi tahukah anda, Pelaburan dalam EMAS dikatakan lebih menguntungkan dari pelaburan ASB. Sedikit perkara yang kita perlu tahu mengenai pelaburan emas :

Tahukah anda, bahawa kebanyakan dari kita beranggapan pelaburan di ASB adalah yang paling selamat, dipercayai dan amat menguntungkan.

Jadi, bila ada duit, semuanya kita laburkan di ASB. Dengan keuntungan dividen 8-10% pada setiap tahun, ianya memang LUMAYAN. Labur RM 10,000 dapat untung RM1000! memang untung..

Akan tetapi, jika saya beritahu anda bahawa ada pelaburan lain selain dari ASB yang lebih menguntungkan, anda percaya?

Pelaburan apa? Betul ke ada pelaburan yang lebih menguntungkan dan selamat seperti ASB?

Ya, ada! Iaitu melalui pelaburan EMAS. Sebenarnya pelaburan emas ini sudah wujud lama. Cuma kita saja yang tidak menyedarinya.

Tahukah anda bahawa dengan melabur melalui pelaburan emas, keuntungan yang boleh diperolehi adalah lebih TINGGI.

Bagaimana?

Tahukah anda bahawa harga emas sentiasa menaik dari tahun ke tahun. Sebagai contoh, dari tahun 2006 ke 2007, dicatatkan kenaikan harga emas adalah sebanyak 33.3%. Wah sangat tinggi bukan? Jika ASB sekalipun, keuntungan paling tinggi yang boleh anda perolehi adalah dalam 10% setahun.

Tetapi pelaburan emas mampu mencapai 2 kali ganda daripada itu. Oleh sebab itu anda perhatikan tokey-tokey emas semakin kaya. Inilah sebabnya!

Insyaallah dalam tulisan yang akan datang, saya akan cuba kongsikan cara-cara untuk melabur dalam emas ini. Untuk sementara ini, pembaca sekalian bolehlah cuba google sendiri, bagaimana nak melabur dalam emas ni.

Advertisements

>Wajarkah Meminjam Untuk Melabur Dalam Amanah Saham?

>Wajarkah kita meminjam bagi tujuan melabur dalam amanah saham? Tiada jawapan yang tepat. Ianya bergantung kepada diri sendiri. Apakah yang kita mahu? Apakah objektif kita melabur? Siapakah kita sebagai pelabur?

Minima pembiayaan yang ditawarkan ialah RM 30,000 dan maksima RM 200,000.00. Tempoh bayaran balik ialah dari 5 tahun hingga ke 20 tahun.

Saya ingin mengambil contoh pembiayaan berjumlah RM 50,000.00 dan bayaran balik selama 20 tahun:

Jumlah pinjaman : RM 50,000.00

Tempoh bayaran balik : 20 tahun (240 bulan)

Bayaran balik sebulan : RM 377.22

Jumlah bayaran balik : RM 90532.80
(240 bulan)

Berapakah nilai pelaburan anda pada tahun ke 20?

Saya mengandaikan dana amanah saham tersebut memberikan purata pulangan sebanyak 10% (compounded interest) :

Maka nilai pelaburan RM 50,000.00 : RM 336,375.00
( 10 % setahun )

Bayaran balik (RM 377.22 @240 bulan) : RM 90,532.80

Keuntungan bersih : RM 245,842.20

Berapakah keuntungannya jika kita melabur dalam amanah saham tanpa meminjam?

Berdasarkan kepada bayaran balik di atas iaitu RM 377.22 dan purata pulangan 10% setahun;

Jumlah pelaburan setiap bulan : RM 377.22

Tempoh pelaburan : 20 tahun (240 bulan)

Jumlah pelaburan (pokok) : RM 90,532.20
(240 bulan)

Nilai pelaburan pada tahun ke 20: RM 273,102.27
( purata 10% setahun )

Perbezaan:

Nilai pelaburan bulanan : RM 273,102.27
(RM 377.22 sebulan/240 bulan)

Nilai pelaburan RM 50,000 : RM 245,842.20
(tolak bayaran balik pinjaman)

beza : RM 27,260.07

Mana satukah untung? Melabur melalui pinjaman atau melabur secara tetap setiap bulan?

Lihat kepada diri kita. Kemampuan kita. Disiplin diri kita.

Jika kita boleh membuat bayaran balik RM 377.22 setiap bulan selama 240 kali ke dalam akaun bayaran balik pinjaman bank tidakkah lebih baik kita masukkan terus
RM 377.22 ke dalam akaun pelaburan amanah saham kita?

Tidak perlu bersusah payah.

Masih bank yang sama.

Masih kaunter bank yang sama.

Tetap 240 kali kita pergi ke bank yang sama.

CUMA: masukkan dalam akaun amanah saham BUKAN akaun bayaran balik pinjaman

Tidakkah anda mahu untung RM 27,260.07 hanya dengan menyimpan duit melalui penggunaan slip yang berlainan? Daripada slip bayaran pinjaman kepada slip pelaburan tambahan. Kedua-dua slip ini ada didepan anda bila anda berada di bank. Pilihlah!!

Tiada modal diperlukan. Slip bayaran pinjaman disediakan. Slip penambahan pelaburan pun disediakan. Malah pen pun disediakan oleh pihak bank !!

CUMA: Gunakan kebijaksanaan anda!!!. Berfikir tidak dikenakan bayaran. Percuma.

UNTUNG: RM 27,260.07 !!!

Bagaimana pula dengan perlindungan insuran bagi baki pinjaman tidak berbayar?

*dipetik dari blog Pelaburan Amanah Saham

>Tip : Perbandingan Penggunaan Minyak Kereta

>Sebelum ini saya pernah berkongsi tip penjimatan minyak. Sekarang saya nak kongsikan kadar penggunaan minyak bagi beberapa jenis kereta, dan teknologi terkini kereta di Malaysia yang perlu anda tahu. Untuk pengetahuan semua, kadar penggunaan minyak bergantung kepada beberapa faktor. Secara ringkas, antara faktor utama:

1. Cara pemanduan anda. Kalau asyik pecut pastu brake mengejut.. Bawa macam racing, memang la minyak kuat.

2. Kesesakan jalan raya. Kalau jalan asyik jam jer… memang tak jauh la dapat.

3. Penjagaan kereta. Spark-plug tak ganti, minyak itam tak ganti.. main bawa jer, minyak kuat.

4. Jenis kereta dan teknologi. Kalau pakai Honda Hybrid, memang jimat la kan. Senang-senang jer dapat 30km / 1 liter. Pastu guna lak tayar yang memang dibuat untuk jimat minyak, makin jimat la.

Berikut adalah perbandingan penggunaan minyak bagi beberapa jenis kereta :

Kancil 660 (m): 13.5 km / liter
Viva 660 (m): 17.4 km / liter
Viva 850 (m): 18.7km / liter
Myvi 1.3 (m): 17.1 km / liter
Savvy 1.2 (m): 15.0 km / liter
Proton Saga BLM 1.3 (a): 13.5 km / liter
Honda Accord 2.0 (A): 17.0 km / liter
Honda Accord 2.4 (A): 17.2 km / liter
Honda Civic 1.8(A): 12.0 km / liter
Honda Civic Hybrid 1.4 + 0.4: 30 km / liter (Future technology)

*Kecuali Savvy, fakta di atas berdasarkan ujian brand tersebut dengan pemerhatian badan tertentu dan mematuhi syarat-syarat tertentu.

Kalau anda lihat perbandingan penggunaan minyak di atas, memang tak banyak beza antara kereta-kereta tempatan, bahkan dengan kereta import sekalipun. Yang paling ketara bezanya ialah antara penggunaan kereta Honda Civic Hybrid yang ‘senang-senang’ je boleh pergi 30km sekilometer. Memang best ‘giler’. Maknanya, sekali isi boleh pergi balik Kelantan – Kuala Lumpur. Untuk pengetahuan lanjut tentang teknologi Hybrid ini, saya akan kongsikan dalam tulisan yang akan datang. Memang best.

Bagi kereta-kereta yang saya tak sebutkan di sini kadar penggunaan minyaknya, bolehlah pembaca-pembaca semua kongsikan di sini. Amacam. Boleh?

>TIP : Menambah Kelajuan Internet

>Boleh ke kita nak tambah kelajuan internet ? Bagi yang guna broadband, pasti pernah mengalami masalah internet slow, tak boleh masuk dan sebagainya. Jadi di sini, diperturunkan beberapa tip untuk menambahkan kelajuan internet anda :

CARA 1

Pergi ke laman web http://www.getfullspeed.com/ Software ini tersangat2 membantu meningkatkan kelajuan kelajuan browser Firefox dgn IE. Cuma ikut arahan yg diberi dan Insyaallah berkesan. Jgn risau akan side effect atau bahaya. Sememangnya selamat dipakai.

CARA 2

Bagi sesiapa yg malas nak gunakan software, korang boleh try guna cara ni. Tapi ini hanya untuk Mozilla Firefox jer. Tak kira apa version pun. Tapi, kat sini arahan dalam Bahasa Inggeris :

1. Type “about:config” into the address bar and hit enter. Scroll down and look for the following entries:

network.http.pipelining,
network.http.proxy.pipelining,
network.http.pipelining.maxrequests

Normally the browser will make one request to a web page at a time. When you enable pipelining it will make several at once, which really speeds up page loading.

2. Alter the entries as follows(nak alter setting cuma enter je kat entries tersebut. Automatik entries akan bertukar tulisan bold.) :

Set “network.http.pipelining” to “true”

Set “network.http.proxy.pipelining” to “true”

Set “network.http.pipelining.maxrequests” to some number like 3348. This
means it will make 3348 requests at once.

3. Lastly right-click anywhere and select New-> Integer. Name it “nglayout.initialpaint.delay” and set its value to “0”. This value is the amount of time the browser waits before it acts on information it receives.

If you’re using a broadband connection you’ll load pages MUCH faster now!

Cubalah….Hehehe

CARA 3

Enable IP packet forwarding. Bagi sesiapa menggunakan Windows NT/2000/XP ini merupakan salah satu cara melajukan dan memudahkan talian internet dan penghantaran fail di dalam satu kumpulan rangkaian komputer.

Mari kita berkenalan dgn TCP dan TCP/IP

TCP
Membekal fungsi transport bagi memastikan kesemua byte yg dihantar dapat diterima ke lokasi target.

TCP/IP
Merupakan routable protocol (fungsi dari IP) melalui routable protocol, semua kandungan mesej tak hanya mengandungi address destinasi stesen , tetapi juga address destinasi network. Ini memberikan mesej TCP/IP di hantar ke rangkaian berlainan (subnets) dalam sesebuah organisasi atau worldwide.

Jadi sekarang ini kita akan mula masuk ke dalam kerja penggodaman. Hehehe

1. Mula2 klik pada Start>>Run>>Taip REGEDIT dan enter

2. Bila dah masuk ke dalam pop up window regedit apa yg anda perlu ialah mencari HKEY_LOCAL_MACHINE>>SYSTEM>>CurrentControlSet>>Services>>Tcpip>>Parameters

3. Di sini anda perlu berhati untuk mengubah nilai yg terdapat di dalam regedit ini, silap ubah PC anda mungkin akan mengalami kerosakan sistem Windows dan perlu diformat balik.

4. Setelah anda sudah berada di dalam Parameters, cari Value Name IPEnableRouter.

5. Right click pada Value Name tersebut dan klik pada modify

6. Sekarang anda perlu menukarkan Value Data dari 0 kepada 1…0 bermaksud disable manakala 1 enable…

7. Tutup regedit tersebut dan restart semula. Insyaallah anda akan terasa perbezaan pada sambungan internet anda

Dibawah ini cara yg lebih untuk difahami…

System Key: [HKEY_LOCAL_MACHINE\SYSTEM\CurrentControlSet\Services\Tcpip\Parameters]
Value Name: IPEnableRouter
Data Type: REG_DWORD (DWORD Value)
Value Data: (0 = disabled, 1 = enabled)

*Notes – Setiap value yg berada di regedit anda perlu berhati2 ketika menukar nilai value…Ini kerana komplikasi pada sistem windows mungkin boleh terjejas disebabkan kesilapan…Anda bertanggungjawab sekiranya terjadi apa2 kepada Windows system anda.

** Kalau risau tak jadi – tak perlu risau sebab kita boleh tukar balik digit yang ditukar tadi ke asal. masuk balik tempat yang kita edit tadi, dan tukar balik nilai 1 …. ke nilai 0. Itu saja.

So, camane. Ada BRAN ? Share kan pengalaman anda di sini, saya nak tau, pasal internet saya ni memang ada berubah kelajuan dia, walaupun saya ambil pakej celcom paling murah (RM38.00) sebulan.

>Resepi : Puding Roti

>Pernah makan puding roti tak. Bagi yang pernah, tentu tahu kesedapan puding roti ini. Resepi ni saya dapatkan dari Guru Penolong Kanan di sekolah saya. Saja, share-share ngan pembaca di blog ini.

Buat kakak-kakak, isteri-isteri yang baru-baru belajar masak. Kalau nak tukar selera, bolehlah cuba-cuba masak puding roti ni. Kata orang tua-tua, nak ikat hati suami, ikatlah dengan perutnya.

Okay, selamat mencuba!

Bahan A

500 ml susu segar/fresh milk
8 keping roti (gardenia/high 5)

Bahan B

4 sudu besar gula halus
2 sudu besar butter
2 biji telur ayam 1 sudu teh esen vanilla
1 sudu besar tepung jagung
Bahan C

2 sudu besar kismis hitam Sos Kastad
1 tin susu cair 2 s/b tepungkastad
2 s/b gula

Cara Memasak

1. Hancurkan /koyakkan roti dan rendam dalam susu 1/2 jam
2. Kacau dan gaul rata bahan B.
3. Masukkan kismis dan tuangkan kedalam loyang.
4. Bakar dalam suhu 180’C selama 30 minit/masak.
5. Gaulkan bahan sos kastad dan masakkan diatas api yg sederhana sebentar.
6. Tuangkan sos diatas puding semasa menghidang.

NOTA: Sos Kastad boleh juga di gantikan dgn ais kerim coklat/vanilla dan sebagainya.. ataupun cream coklat.

>Bagaimana Nak Jimat Minyak

>Tajuk di atas mungkin dah biasa dan kebanyakan kita dah tau. Saya perturunkan di sini bukanlah untuk mengajar, cukuplah sekadar satu ‘cheklist’ untuk kita semua. Mungkin berguna untuk sesiapa yang banyak travel ke sana ke mari. Jadi cuba amalkan tip-tip yang akan saya dedahkan di sini. Boleh jimat RM 1 sehari, 30 hari dah RM 30.00. Boleh lah buat beli susu anak kan.

Okay. Semoga tip yang diberikan di bawah ini berguna untuk kita semua:
Memandu Dengan Kelajuan Yang Sesuai
Sikap dan cara pemanduan kerana banyak mempengaruhi penggunaan petrol kereta. Jangan gopoh dan membuat sesuatu secara mengejut. Misalnya ketika menuju ke plaza tol atau membelok di selekoh tajam, jangan sesekali menukar gear (misalnya gear 5) terus kepada gear rendah dan brek secara mendadak.
Kurangkan Berat/ Bebanan Kereta
Anda juga perlu mengetahui apabila membawa bebanan yang lebih daripada kadar yang sesuai juga menyebabkan kadar penggunaan minyak melebihi dari tahap biasa. Jadi, jangan bawa barang yang tidak perlu (kereta anda bukan stor). Perhatikan dalam but kereta anda, mungkin ada banyak barang yang tidak sepatutnya berada dalam but tetapi dibawa ke sana ke mari. Penambahan berat sebanyak 50 kilogram meningkatkan penggunaan minyak sebanyak 2 peratus.

Tayar Diisi Dengan Tekanan Angin Yang Betul
Tekanan angin mesti betul. Tekanan angin yang tidak mengikut spesifikasi mengakibatkan penggunaan minyak bertambah 5 peratus. Carta berat dan tekanan angin biasanya terpapar di tempat mengisi angin di mana-mana stesen minyak. Jangan biarkan tayar kurang tekanan angin kerana ia menyebabkan kereta dipandu lebih berat dan ini tidak menjimatkan minyak.

Tekanan tayar yang kurang menyebabkan penambahan penggunaan minyak sehingga 35 peratus. Periksa dan tetapkan tekanan tayar mengikut spesifikasi kenderaan anda sekurang-kurangnya sebulan sekali.

Lakukan Penyelenggaraan dan Servis Berkala
Penalaan enjin yang tidak sesuai meningkatkan penggunaan minyak sehingga 50 peratus. Pastikan palam pencucuh, tali kipas dan penapis udara diperiksa secara berkala.

Kurangkan Kelajuan
Lebih perlahan anda memandu, lebih jimat minyak digunakan (dan tidak disaman). Memandu melebihi 90 kilometer sejam (km/j) meningkatkan penggunaan minyak. Secara perbandingan, pada kelajuan 100km/j, penggunaan minyak bertambah 10 peratus, 105 km/j (15 peratus) dan 110 km/j (25 peratus).

Matikan Saja Enjin Kereta Jika Menunggu
Jika kereta tidak bergerak, matikan enjin jika sekadar menunggu seseorang. Menunggu suami, isteri atau kawan yang singgah di kedai runcit untuk membeli barangan kadang kala boleh menjadi terlalu lama. Jadi, buka tingkap kereta dan matikan sahaja enjin untuk menjimatkan minyak kereta anda.
Bijak Dalam Penggunaan Gear
Pilih gear yang sesuai dengan kelajuan. Menggunakan gear rendah untuk kelajuan tinggi menyebabkan pembaziran petrol kerana tekanan terhadap enjin menjadi terlalu tinggi. Gunakan mod ‘ekonomi’ jika kereta anda memilikinya. Pemanduan dengan kadar yang laju pada gear rendah boleh meningkatkan penggunaan minyak sehingga 45 peratus dari yang sepatutnya. Penggunaan kenderaan bertransmisi manual membolehkan anda menjimatkan minyak.
Membrek Pada Jarak Yang Selamat
Jika anda sudah tahu di mana hendak berhenti, misalnya di tol atau stesen minyak di tepi lebuhraya, perlahankan kenderaan dari jarak yang selamat. Jangan membrek secara mengejut.

Rancang Perjalanan
Rancang perjalanan terlebih dahulu sebelum ke sesuatu destinasi. Ini dapat mengelakkan dari kesesakan lalulintas dan secara tidak langsung akan dapat menjimatkan minyak.

Panaskan Enjin Sebelum Memulakan Perjalanan
Hidupkan enjin sekurang-kurangnya lima minit sebelum memulakan pemanduan. Ini untuk meningkatkan prestasi enjin dan memastikan enjin dapat berfungsi secara optimum.

Minimumkan Perjalanan Jarak Dekat
Kurangkan perjalanan jarak dekat kerana ini mampu meningkatkan penggunaan minyak sebanyak 40 peratus. Sebagai langkah penjimatan minyak, eloklah naik motosikal atau mungkin berbasikal (jika di kampung) untuk ke surau atau kedai berhampiran.
Gunakan Saiz Tayar dan Sport Rim Yang Sesuai
Saiz tayar dan sport rim yang tidak sesuai akan menyebabkan penambahan penggunaan minyak sehingga 10 peratus.
Isi Petrol Pada Waktu Yang Sesuai
Waktu yang paling sesuai untuk mengisi minyak adalah di waktu pagi atau malam. Ini kerana pada waktu ini, minyak petrol kurang termeluwap ke udara akibat cuaca panas.
Elakkan mengisi minyak terlalu penuh atau sehingga tertumpah. Berhenti mengisi minyak selepas nozzle di pam minyak berbunyi “klik”.

Barang Yang Perlu Dibawa
Anda harus membawa barang yang perlu sahaja seperti alat membaiki kereta dan alat yang dapat membantu ketika kecemasan. Carrier (alat membawa barang atas bumbung kereta) juga boleh menambah penggunaan minyak pada kadar 5 peratus.

Kesimpulan
Jika anda mendapati penggunaan minyak kereta anda sebulan sangat tinggi, periksalah puncanya terlebih dahulu. Ia mungkin berpunca daripada keadaan teknikal kereta atau mungkin sikap pemanduan anda. Maka, sebelum membeli sebarang alat bantuan mengurangkan penggunaan minyak di pasaran, eloklah anda mengamalkan tips yang dinyatakan di atas dan lihat perubahannya.

>E-Book Percuma : 7 Kesilapan Memulakan Perniagaan Internet

>Setiap hari, begitu ramai yang ingin mencuba perniagaan internet, dan jumlah ini semakin meningkat saban hari. Namun apa yang pasti, 94% orang baru yang ingin memulakan perniagaan internet di luar sana, mengulangi kesilapan yang sama. Akibatnya mereka gagal dalam perniagaan internet yang mereka ceburi.

Ketika ini, perniagaan internet lebih mencabar berbanding dulu. Maka anda jangan memandang remeh terhadap perniagaan internet dengan menganggap ia perkara mudah. Bukan mudah untuk menjana pendapatan puluhan ribu ringgit walaupun ia mampu dilakukan.

Menyedari perkara ini, saya sarankan anda membaca Laporan 7 Kesilapan Memulakan Perniagaan Internet ini dengan mendowloadnya dari laman blog saya, sebelum anda memulakan perniagaan internet. 7 Kesilapan ini boleh anda elakkan demi mencapai cita-cita anda dalam perniagaan internet.

Ayuh, dapatkannya secara PERCUMA sekarang!