>Lakukan Promosi Untuk Servis Anda

>Dalam apa-apa bidang perniagaan yang anda ceburi, perkara yang paling mustahak adalah pemasaran. Ia tidak eksklusif kepada bentuk perniagaan offline sahaja malah online juga. Donald Trump pernah berkata, jika anda mempunyai produk terbaik di dunia sekalipun, tetapi jika anda gagal melakukan pemasaran dengan baik, anda tetap akan dikategorikan sebagai seorang usahawan yang GAGAL.

Begitulah gambaran betapa pentingnya impak pemasaran dalam dunia perniagaan. Jadi, bagaimanakah pemasaran yang baik untuk servis online? Berikut adalah tip-tip ringkas dari saya :
1. Word of Mouth
Ya, inilah rahsia sebenar pemasaran untuk servis online. Membina hubungan dengan pelanggan adalah perkara yang amat kritikal dalam bidang servis. Jika hubungan anda bersama pelanggan anda adalah baik, maka sudah tentu mereka akan menyebarkan kehebatan servis anda kepada rakan-rakan mereka. Jadi, di sini anda sudah mendapat “promosi percuma” melalui pelanggan anda sendiri.

Sebaliknya juga akan berlaku jika servis anda tidak berkualiti, tetapi anda akan mendapat “promosi percuma” yang menceritakan keburukan servis anda. Oleh itu, perkara no 1 yang anda perlu ingat adalah cuba sebaik mungkin memberi servis yang “tip top” kepada pelanggan anda.

Jangan merasa rugi untuk meluangkan lebih masa untuk pelanggan bagi membuatkan mereka berpuas hati dengan servis anda. Anggap sahaja anda sedang melakukan promosi tambahan untuk menyebarkan nama baik anda kepada orang lain.

2. Laman Freelance

Seterusnya, tempat yang paling sesuai untuk anda mencari pelanggan adalah di laman-laman freelance. Bagi yang tidak mengetahui apa itu laman freelance, ia adalah satu laman web yang menghubungkan freelancer dan pelanggan. Contoh laman freelance adalah http://jobs.freelanceswitch.com/ dan juga http://www.getafreelancer.com/ . Konsep cara kerja laman freelance mudah sahaja. Pelanggan akan meletak (post) satu job yang mereka inginkan beserta penerangan penuh (details) dan julat (range) harga yang mereka inginkan. Kemudian para freelancer akan membida dan melobi di job post tersebut dengan tawaran-tawaran mereka tersendiri.
Selain boleh melakukan promosi, anda juga boleh melihat jenis servis yang sering mendapat permintaan tinggi dari pelanggan, di samping memantau pesaing-pesaing anda. Jadi, dari situ anda boleh meningkatkan lagi kualiti servis anda supaya setanding ataupun lebih dari pesaing-pesaing anda.
3. Forum

Saya pasti anda tentunya pernah berforum. Kalau tidak pernah pun, mesti anda pernah memasuki sesuatu forum untuk meninjau apa yang terdapat dalam sesuatu forum tersebut. Selain untuk bersosial dan mencari kawan, sebagai penyedia servis, kita boleh gunakan forum sebagai tempat untuk memasarkan servis kita.

Antara forum yang terkenal sebagai pusat servis adalah forum Digital Point -http://forums.digitalpoint.com/. Di sana anda boleh melihat pelbagai jenis servis ditawarkan oleh freelancers dari seluruh dunia. Di Malaysia pula, forum WangCyber.com tidak kurang hebatnya juga.
Selain itu, anda boleh mencari forum-forum lain dengan hanya menaip “keyword + forum” di Google.com. Contohnya, “servis design + forum” untuk mencari forum-forum berkenaan servis design.
Kelebihan pemasaran melalui forum adalah lebih kurang sahaja berbanding laman freelance tetapi laman freelance lebih tertumpu (targeted). Puncanya, laman freelance mempunyai lebih ramai prospek dan sememangnya, mereka mempunyai satu tujuan sahaja, iaitu mencari servis.
Dari sudut yang berbeza, pemasaran forum juga mempunyai kelebihan kerana persaingan agak kurang. Jadi, tidak mustahil anda boleh mendominasi sesuatu forum jika anda menawarkan servis yang dapat memikat hati pengunjung forum tersebut.
Kesimpulan

Itulah beberapa tip ringkas yang dapat saya berikan dalam edisi kali ini. Semuanya berdasarkan pengalaman saya sendiri selama beberapa tahun membuat servis secara online. Saya harap, jika anda mempunyai sesuatu kemahiran, jangan sia-siakan kemahiran tersebut. Anda boleh menukarkan kemahiran tersebut menjadi duit.

Selamat mencuba!

– petikan Mohd Zhafran, Majalah IM Keluaran 11 –

Posted on 30 September 2010, in Pelbagai. Bookmark the permalink. Tinggalkan komen.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: