>Tahukah anda – beras boleh mengeringkan handphone yang terkena air

>Pernahkah telefon bimbit anda basah akibat hujan. Atau basah kerana termasuk dalam mesin basuh. Ataupun terjatuh dalam lubang tandas. Jangan panik sekiranya perkara ini berlaku pada anda. Masih ada cara untuk membaikinya.

Tahukah anda, telefon tersebut masih boleh berfungsi semula, dengan mengambil langkah-langkah tertentu yang akan saya sebutkan di bawah. Sebenarnya terdapat pelbagai petua. Ada yang menggunakan ‘hair dryer’, ada yang jemur belakang dashboard kereta bawah matahari panas. Ada juga yang keringkan dalam ketuhar!

Namun kaedah-kaedah tersebut ada kelebihan dan kekurangannya. Bahkan ada yang boleh menyebabkan telefon anda bertambah rosak. Atasi masalah tersebut, dengan menggunakan BERAS!

Ya, beras. Pelikkan? Bagaimana beras boleh mengeringkan air yang terdapat dalam telefon bimbit yang basah itu. Pelik, tapi memang cara tersebut berkesan. Berikut diterangkan langkah-langkah yang perlu anda ambil sekiranya telefon bimbit basah dimasuki air.

1. Putuskan bekalan kuasa dari telefon bimbit – cabut bateri terus dari telefon anda. Ini bagi mengelakkan kerosakan pada cip-cip di dalam handphone anda. Jangan sekali-kali membuka atau ‘on’ telefon anda dalam masa yang cepat. Ia memerlukan sekurang-kurangnya 24 – 72 jam untuk mengeringkan air yang terdapat pada skrin dan juga cip telefon.

2. Cabut sim kad telefon dan juga mikro sd card dari telefon bimbit anda

3. Lap bahagian yang basah di luar telefon bimbit anda tersebut

4. Ambil semangkuk / tupper ware beras. Letakkan telefon bimbit anda di dalam beras tersebut. Masukkan sekali bateri telefon. Tutup tupper ware tersebut dan biarkan selama 24 hingga 72 jam.

5. Selepas cukup masa yang ditetapkan, keluarkan telefon dan bateri dari bekas beras tadi. Masukkan bateri semula ke dalam telefon bimbit tersebut. Sekiranya masih tidak menyala, cuba sambungkan telefon dengan charger sehingga telefon menyala.

Insyaallah, telefon bimbit anda masih dapat diselamatkan dan kembali pulih seperti biasa. Ingin kongsi pengalaman anda di sini?

http://www.youtube.com/get_player

p/s: sekiranya masih tak boleh, besar kemungkinan telefon tersebut sudah rosak bahagian-bahagian dalamnya. Dapatkan bantuan dari pusat servis telefon anda yang terdekat.

Posted on 24 September 2010, in Pelbagai. Bookmark the permalink. Tinggalkan komen.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: