>Siapa Perlukan Blog?

>Walaupun penggunaan blog ini sudah tidak asing lagi bagi kebanyakan kita. Tapi saya percaya, masih ramai lagi yang tidak tahu bagaimana nak gunakan blog ini. Bayangkan saya yang selalu guna internet ni, dah lama terdedah dengan internet. Pun masih baru nak explore selok belok guna blog ni. Jadi kalau ada kekurangan dalam tulisan saya, kira halal lah ye. Saya bukan seorang yang betul-betul pakar macam otai-otai blog yang dah lama menceburi bidang ini. Saya pun, mengaku lah. Baru pandai guna blogspot je sekarang ni. Nak guna wordpress pun masih kelam kabut lagi. Bagi saya masa sebulan lagi ke. Insyaallah pandailah saya nak guna wordpress pulak. Lepas tu, guna blog dengan domain berbayar pulak. Insyaallah, Insyaallah.

Berbalik kepada persoalan, siapa sebenarnya yang perlukan blog ni? Jawapannya ialah semua orang. Samada mereka nak guna blog untuk tujuan mencari pendapatan, ataupun untuk tujuan membuat kebajikan dan dakwah, menyebarkan ilmu dan buah fikiran kepada masyarakat. Tidak kira beliau seorang ahli politik, pemerhati, pengkaji, penulis, pensyarah, penceramah, pendakwah, pengajar, dan sebagainya. Beliau memang memerlukan blog.

Ini kerana, hampir setiap isi rumah di Malaysia, terutamanya di bandar-bandar yang mempunyai liputan broadband dan streamyx internet. Maka mereka setiap hari akan surf internet untuk pelbagai tujuan. Tujuan baik dan tujuan tak baik. Terpulang kepada pengguna itu sendiri. Jadi sewajarnya kita semua menggunakan medium internet dan kemudahan ini, untuk menyumbang sesuatu kepada masyarakat.

Sekiranya kita pakar mentelaah bidang politik, tulislah sesuatu tentang politik. Jika kita pakar di bidang ekonomi, tulislah sesuatu tentang ekonomi. Jika kita pakar di bidang sains, tulislah sesuatu tentang sains. Jika kita pakar dalam bidang syariah, tulislah sesuatu tentang syariah. Jika mahir di bidang masakan, tulislah sesuatu tentang masak-memasak ini. Kemudian sebarkan melalui blog anda sendiri. Barulah dikatakan maklumat itu betul-betul berada di hujung jari. Taip saja bidang apa yang kita nak tau, macam-macam kita boleh tahu. Nak tahu pasal bidang undang-undang, bagaimana prosedur pendakwaan dan penghakiman sesuatu kes, kita boleh tahu melalui blog-blog berkaitan undang-undang.

Dengan cara ini, barulah masyarakat kita akan lebih maju, sejajar dengan wawasan negara ke arah 2020. Untuk pengetahuan semua, di negara Jepun, penggunaan blog dalam masyarakat sudah tidak asing lagi. Hampir 80 peratus, masyarakat Jepun bergantung kepada blog-blog persendirian untuk urusan kerja harian mereka. Tapi kita di Malaysia bagaimana? Kesedaran cerdik pandai untuk menggunakan blog masih rendah. Mungkinkah kerana kesibukan kerja mereka, kurang facilities dan kurang kepakaran, menjadikan kadar penggunaan blog ini masih rendah.

Saya tertarik dengan satu blog yang saya google baru-baru ini. Blog ini dihasilkan oleh guru di sebuah sekolah di Pahang. Beliau menjual barang-barang IT melalui internet. Di samping itu, beliau meletakkan pautan ‘link’ dengan blog rakan-rakan guru juga. Ada blog menjual kerepek, tudung, kek, baju baby, baju raya, kuih raya, minyak wangi, produk kesihatan dan banyak lagi. Saya tak pasti tentang kejayaan blog mereka menarik perhatian pembaca. Tapi yang pasti, kadar penggunaan blog di kalangan guru-guru di situ sangat membanggakan.

Begitulah sepatutnya yang terjadi di universiti-universiti di negara kita. Para mahasiswa boleh terus ke laman web pensyarah mereka untuk mendapatkan nota-nota penting sewaktu kuliah pada hari itu, dan terus menguasai subjek yang diajarkan oleh pensyarah. Barulah tahap pembelajaran mahasiswa dapat ditingkatkan, kalau nak tengok berduyun-duyun dapat anugerah dekan. Cubalah idea saya ni.

Bagi mereka yang terlibat dengan perniagaan, tidak kira apa perniagaan sekalipun. Dari sekecil-kecil bisnes, hinggalah ke sebesar-besar bisnes. Gunalah blog untuk menyebarkan maklumat berkaitan perniagaan anda, produk anda, pelan pemasaran (MLM), promosi, diskaun, hadiah, bonus dan sebagainya. Barulah perniagaan anda boleh berkembang dengan pantas. Orang sebenarnya malas nak telefon, nak tanya tentang bisnes anda. Pengguna sekarang lebih bijak, mereka dapatkan dulu maklumat di internet sebelum membuat pembelian sebenar. Jadi di laman blog anda, gunalah peluang berkomunikasi dengan mereka sebaiknya.

Tidak lupa juga kepada jabatan-jabatan kerajaan dan juga badan-badan bukan kerajaan, mereka sebenarnya sangat memerlukan blog ini untuk mendedahkan kepada masyarakat peranan dan tugas yang mereka jalankan. Misalnya blog untuk sekolah, memberikan maklumat berkaitan sekolah, guru-guru, murid-murid, aktiviti yang dibuat dan pengumuman-pengumuman penting untuk rujukan ibu bapa di rumah. Misalnya, kalau sekolah nak buat jamuan amal PIBG di sekolah, senang saja nak hebahkan maklumat kepada ibu bapa. Menjimatkan kertas, kerana semua makluman terkini ada di dalam laman blog sekolah. Badan-badan bukan kerajaan pula, dapat mencari dana untuk organisasi mereka, melalui blog yang mereka buat. Ini kerana, para penderma dapat mengetahui dengan lebih lanjut, untuk apa sumbangan dan derma mereka digunakan. Begitulah juga dengan jabatan-jabatan kerajaan yang lain.

Sebagai kesimpulannya, sesiapa juga, orang perseorangan mahupun organisasi, sangat memerlukan blog untuk menyebarkan maklumat penting dan berguna kepada masyarakat. Halangan kekurangan kepakaran, dapat diatasi dengan mengambil pembina-pembina blog bebas (Freelance Blog Creator) seperti saya untuk membina laman blog anda. Kalau anda sanggup belajar berjam-jam, berminggu-minggu untuk menghasilkan blog yang baik. Dipersilakan. Itu halangan masa pula. Saya hanya memudahkan anda, dengan bayaran yang ‘TERSANGAT MURAH’, anda boleh membina laman blog yang tidak kurang hebatnya. Apa lagi, jangan buang masa anda. Terus hubungi saya untuk mendapatkan BLOG anda sendiri.

Posted on 19 September 2010, in Pelbagai. Bookmark the permalink. Tinggalkan komen.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: