>Jual Tudung Suka-suka – catat jualan 1000 helai seminggu

>Selamat Hari Raya kepada semua umat Islam di Malaysia, khususnya kepada pembaca-pembaca blog saya ini. Semoga hari raya ini, memberikan seribu makna kepada kita semua. Saling bermaafan, dan melupakan segala sengketa yang pernah wujud.

Baiklah, sambil menyambut hari raya ini, saya ingin berkongsi satu cerita menarik yang saya terbaca semasa sedang memasak rendang bersama mertua dan ipar saya. Cerita ini saya petik dari akhbar Kosmo. Berikut merupakan petikan akhbar tersebut….

Sewaktu mula-mula berkecimpung dalam perniagaan online secara suka-suka, Nur Atiqah Sulaiman, 25, hanya bermula dengan menjual lima helai tudung. Melihat tudung tersebut terjual bak goreng pisang panas dalam masa sehari, dia yang lebih senang dikenali sebagai Eyqa mengambil keputusan menjadikan perniagaan tersebut dengan lebih serius.

“saya menjual tudung secara online sejak menuntut di Universiti Multimedia secara suka-suka untuk menampung perbelanjaan”.

“pada masa itu, pasaran saya hanya tertumpu pada kawan-kawan belajar sahaja. Tidak terfikir pula untuk melakukannya secara online, sehinggalah bulan Oktober tahun lalu, apabila rakan saya merangkap rakan kongsi saya, Muhammad Zulkarnaen mencadangkan perkara tersebut”, katanya yang mendaftarkan perniagaannya pada 1 Januari lalu.

Siapa sangka, bermula dengan minat membeli belah secara online boleh menjadi titik mula Eyqa memulakan perniagaannya.

Menurut Muhammad Zulkarnaen, bermula dengan modal RM800, kini usaha keras mereka membuahkan hasil dan merancang untuk membuka kedai dalam tempoh lima tahun akan datang.

Selain mahu membuka kedai, rakan niaga ini juga merancang membuat rekaan tudung sendiri dan mengukuhkan lagi perniagaan mereka.

Bagi yang berminat menjamu mata melihat pelbagai jenis tudung fesyen terkini, sila layari http:www.colorscarfbyriqa.blogspot.com.

Bagi yang berminat berniaga online, tapi tak tau camane caranya, jangan lupa dapatkan perkhidmatan saya. Dijamin puas hati, dan termurah. Call saya segera, sebelum promosi berakhir hujung bulan ini.

Posted on 15 September 2010, in Pelbagai. Bookmark the permalink. Tinggalkan komen.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: