>Mewujudkan Kelainan Dalam Persembahan

>Persembahan di sini bermaksud persembahan jualan. Bagi seorang ahli perniagaan, maka sudah pasti berpuluh-puluh, beratus-ratus, malah beribu-ribu persembahan jualan yang perlu dibuat sebelum mereka menghasilkan jualan. Dan sebagai pengguna, maka mereka sudah pasti akan terdedah dengan pelbagai strategi dan taktik penjual. Saya ingin bertanya kepada anda, dalam lima pelanggan yang anda jumpa dan membuat persembahan, adakah anda menggunakan cara penyampaian dan persembahan yang sama? Sekiranya sama, maka bersedialah untuk berubah.

Kita mengetahui, pengguna mempunyai akal dan daya pemikiran, pemahaman dan penerimaan yang berbeza. Akal profesional tidak sama dengan akal orang biasa. Saya bukan hendak merendahkan mereka, tapi itulah hakikatnya. Tidak mungkin kita menggunakan cara yang sama untuk mempengaruhi mereka.

Tambahan lagi, pengguna cepat merasa bosan dengan jalan cerita yang sama, disampaikan dengan cara yang sama, oleh jurujual yang sama, menggunakan maklumat yang sama. Oleh itu, anda perlu memikirkan cara mewujudkan kelainan dalam persembahan jualan anda nanti. Ini tidak bermakna, anda perlu menggunakan peralatan yang canggih-manggih untuk mewujudkan kelainan tersebut. Banyak lagi cara lain. Apa yang penting ialah, keupayaan anda memberikan sesuatu yang dapat dilihat, didengar, dan dipelajari kepada pelanggan anda, yang berbeza dengan jurujual lain.

Di sini diberikan tips untuk panduan anda mewujudkan kelainan dalam persembahan jualan anda nanti:

1. Menggunakan data dan fakta

Tidak dapat dinafikan lagi, data dan fakta memainkan peranan penting dalam jualan. Dengan data dan fakta yang tepat, maka ia dapat membantu pengguna membuat keputusan belian dengan lebih mudah dan cepat. Mereka tidak perlu mencari maklumat lagi di internet, mahupun dari kawan-kawan mereka tentang sesuatu produk itu, kerana semua persoalan mereka dapat dijawab oleh jurujual tadi, dengan data dan fakta yang menyakinkan.

Misalnya seorang jurujual produk makanan kesihatan, mestilah mempunyai fakta tentang kandungan produk tersebut dengan terperinci, supaya pengguna yakin yang produk tersebut selamat untuk dimakan. Selain itu, sekiranya mereka mempunyai data tentang produk pesaing, perbezaan produk mereka, sudah pasti memudahkan pengguna membuat keputusan.

2. Menggunakan sales kit atau ‘alat bantuan jualan’

Alat bantuan jualan ini, sebenarnya tidak asing lagi untuk jurujual. Ini termasuklah gambar, model, carta, portfolio, data dan fakta, sampel, dan berbagai-bagai lagi.

Jangan lupa, produk yang anda jual itu adalah peralatan penting jualan. Apabila anda menjual ‘cup cake’, maka tunjukkan kepada pelanggan cup cake anda itu memang berbeza dan lazat berbanding pesaing, dengan memberi mereka peluang merasa cup cake anda. Bak kata pepatah inggeris, ‘seeing is believing’.

Setiap manusia mempunyai lima deria – lihat,dengar,rasa,sentuh,bau. Gunakan kebijaksaan anda mengatur persembahan dengan menyelitkan demonstrasi supaya pelanggan bukan sahaja melihat dan mendengar persembahan, tetapi juga turut merasai dan melihat aksi produk anda melalui demonstrasi. Libatkan pelanggan dalam persembahan anda. Mereka akan mendapat pengalaman terus daripada demonstrasi itu. Wujudkan rasa keinginan bagi memiliki produk kepada pelanggan anda.

Sales kit pula, janganlah jenis yang sama sahaja. Pelbagaikan lagi, dengan menambah dan mengubah cara persembahan anda menggunakan teknologi moden sedia ada hari ini. Cetak dan edar persembahan anda menggunakan bahan berwarna supaya ia menarik dilihat dan dibaca. Bagi pelanggan menukar ataupun membuat keputusan memilih produk anda, mereka perlu diberitahu ‘mengapa’ mereka perlu memilih produk anda.

Mengapa PRODUK ANDA? Produk sering berubah dan mutunya selalu diperbaiki, ciri baru ditambah oleh pengeluar, harga produk yang baru dan sebagainya. Itu hanya sebahagian sebab sahaja. Malangnya, jurujual sering terlepas pandang faktor-faktor ini semasa membuat keputusan.

Sesetengah pelanggan, gemar mengetahui apa yang berlaku dalam industri dan apa yang pesaing lakukan. Mereka cuba mencari maklumat terkini dan sering mengemas kini maklumat bagi kegunaan organisasi mereka. Bagi pelanggan begini, anda perlu menyediakan maklumat ataupun data daripada pelbagai sumber bagi ditunjukkan dalam persembahan. Penyediaan graf, carta, dan data, banyak menolong mereka membuat keputusan nanti.

Anda juga dapat mempelbagaikan persembahan, dengan mewujudkan suasana lebih santai dan tidak formal. Ada kalanya, individu lebih rasa relaks dan tidak tertekan apabila persembahan dilakukan dalam suasana ceria. Ini memudahkan proses membuat keputusan.

Sebenarnya, pembeli atau pelanggan mempunyai tugas yang lebih rumit daripada jurujual. Mereka bukan sahaja bertemu jurujual seperti anda, tetapi juga mungkin bertemu anda bagi beberapa kali sebelum membuat keputusan belian. Ini belum lagi mengambil kira pesaing anda. Apabila anda tidak mengambil inisiatif, mempelbagaikan cara penyampaian dan persembahan, serta tidak mewujudkan kelainan dalam persembahan, anda mungkin tidak berpeluang mendapat pesanan jualan seterusnya.

Posted on 7 September 2010, in Pelbagai. Bookmark the permalink. Tinggalkan komen.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: