>Memahami Gelagat Pengguna

>Apakah faktor sebenar seseorang itu membeli dengan anda? Adakah kerana harganya? Ataupun adakah kerana ciri-cirinya? Ataupun kerana jenamanya? Ataupun kerana anda seorang yang dipercayai, maka mereka membelinya? Ataupun adakah kerana sebab-sebab lain yang tidak anda ketahui.

Itulah sebenarnya pembeli. Mereka mempunyai seribu satu sebab untuk membeli dan tidak membeli. Biasanya mereka memerlukan masa untuk membuat keputusan pembelian, mungkin selama 10 minit, 30 minit, satu jam, satu hari, satu bulan malah satu tahun. Dan biasanya, semakin tinggi nilai sesuatu belian, semakin lama masa diperlukan untuk membuat keputusan. Ciri-ciri ini memerlukan kita mengkaji dengan lebih mendalam tentang pelanggan kita, tentang gelagat mereka, tentang cara mereka berfikir, tentang faktor dalaman dan luaran yang akan mempengaruhi keputusan belian mereka.

Sebagai seorang ahli perniagaan, perkara asas yang perlu anda ketahui ialah bagaimana hendak menjual. Rata-rata penjual yang berjaya dalam karier mereka ialah kerana mereka menumpukan perhatian mereka kepada keperluan pelanggan, memuaskan kehendak mereka dan menyelesaikan masalah mereka melebihi daripada memberi tumpuan kepada produk ataupun perkhidmatan mereka. Ini bermakna bukanlah mengabaikan ciri-ciri penting pada keunikan produk mereka, tapi mereka lebih menekankan bagaimana produk mereka dapat menyelesaikan masalah pelanggan.

Dalam situasi dunia yang sedang menghadapi globalisasi yang sangat pantas sekarang, pengguna terdedah kepada pelbagai maklumat yang akan mempengaruhi keputusan mereka. Mereka boleh dengan senang membuat keputusan untuk membeli pada siang hari, tapi membatalkan keputusan mereka pada malam hari. Ini kerana, mereka boleh ‘surf’ internet dengan mudah untuk mencari produk yang betul-betul memuaskan hati mereka.

Misalnya, seorang pengguna yang mempunyai bajet kecil untuk membeli telefon ‘smartphone’, mungkin mereka hanya mempunyai bajet yang cukup-cukup makan untuk mendapatkan telefon idaman mereka. Sekiranya penjual telefon baru dan penjual telefon ‘secondhand’ menjual telefon yang sama, agaknya pembeli tadi, akan memilih jurujual yang mana satu? Sekiranya jurujual telefon ‘secondhand’ mempunyai telefon yang kira ‘okay’, tidak mustahil maka dialah yang berjaya menjual telefonnya. Tapi sekiranya pembeli tadi, mementingkan jaminan dan kualiti, maka penjual telefon barulah sasarannya.

Susahkan memahami gelagat pengguna ni? Tapi itulah hakikatnya. Kita perlu pelajari dan kaji sendiri sekiranya kita hendak menjadi jurujual yang berjaya. Bagaimana dengan anda. Sudah bersedia untuk mengkaji pelanggan anda? Mulakan hari ini untuk memahami pelanggan anda.

Posted on 7 September 2010, in Pelbagai. Bookmark the permalink. Tinggalkan komen.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: