>Sampaikan walau satu ayat…

>Pernah dengar ayat di atas. “Sampaikan dariku walau suatu ayat”. Pesanan Nabi Muhammad SAW kepada kita supaya menyampaikan apa sahaja kita tahu, dari baginda kepada keluarga, sahabat, jiran, masyarakat, rakyat dan seluruh dunia. Itulah cara dakwah yang diajarkan oleh Rasulullah SAW kepada kita. Yang pandai bercakap, berpidato, berceramah, maka pentas pidato adalah tempat mereka menyampaikan mesej dakwah Rasulullah. Yang kurang mahir, maka pentas mereka ialah penulisan, samada penulisan dalam majalah, risalah dan akhbar. Dan dalam zaman teknologi sekarang ini, pentas BLOG adalah medium terbaik bagi kita menyampaikan risalah baginda.

Begitulah canggihnya zaman yang kita lalui sekarang ini. Maka tugas yang sepatutnya digalas dapat dijalankan dengan mudah, sebagai menyahut suruhan dan amanah yang telah diberikan oleh baginda SAW. Dalam keadaan hampir setiap rumah, pejabat, sekolah, universiti, masjid, restoran dan taman rekreasi dibekalkan dengan talian internet, maka dengan sepotong ayat sahaja yang kita sampaikan, bayangkan kalau dengan ayat pendek yang kita sampaikan, maka dia mendapat hidayah dari Allah untuk berbuat kebaikan, alangkah beruntungnya kita.

Kita tidak perlu ijazah yang tinggi, ataupun sampai ke peringkat PHD, baru hendak menulis. Ini kerana ruang ilmu dan kemahiran itu adalah luas. Terlalu luas. Ada yang mahir dengan disiplin ilmu tertentu, maka dia boleh menulis berkenaan kepakarannya itu. Ada pula yang mahir dengan kemahiran tertentu, misalnya kemahiran kraftangan, maka dia boleh menulis berkenaan kemahirannya itu. Tapi dengan syarat, kita mestilah mematuhi semua etika penulisan, tambahan lagi bila ia melibatkan sensitiviti masyarakat.

Mudah-mudahan, dengan sepotong ayat yang kita tulis itu, dapat memberikan manfaat kepada orang lain. Manfaat yang dia terima itulah, sebenarnya ganjaran pahala yang tidak putus-putus bila kita mengadap tuhan kelak.

Posted on 3 September 2010, in Pelbagai. Bookmark the permalink. Tinggalkan komen.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: