>Perniagaan Internet

>Apakah perniagaan internet ini sebenar-benarnya? Anda jangan tersalah faham terhadap 3 istilah ni “perniagaan internet” “program internet” dan juga “pelaburan internet”. Semua itu berbeza sama sekali. Untuk post kali ni saya akan ceritakan dulu apa itu perniagaan internet.

Definisi perniagaan internet secara umumnya ialah menjual produk di internet. Itu sahaja maksud yang bagi kita mudah faham sebenarnya. Produk apa yang hendak di jual terpulang kepada anda. Ianya sama seperti perniagaan sebenar di luar sana cuma anda tidak perlu buka kedai atau bayar sewa yang mahal untuk memulakan perniagaan. Menarik bukan!!!

Apa yang boleh di jual melalui internet ni?

Ada 3 kategori produk yang berbeza dalam menentukan maksud perniagaan internet:

1. Produk fizikal

Produk fizikal ialah produk yang boleh disentuh dan ada bentuk fizikalnya tersendiri. Contohnya produk fizikal ni seperti jam, tudung, kain batik, ubat, baju, gelang, kraftangan, apa lagi….makanan juga boleh dijual…kuih raya, ikan kering, keropok lekor , serunding dan macam-macam lagi. Kebanyakkan produk fizikal ni sesuai untuk di jual di internet kerana ianya mudah untuk diposkan. Pilih produk yang saiznya yang munasabah yang tidak terlalu besar sangat nanti susah untuk proses penghantaran. Lebih kecil saiz lebih bagus.

Ada orang kata susah untuk jual barang fizikal ni sebab nak kena pegang, sentuh, rasa dan macam-macam lagi. Tetapi jika kita lihat ada juga orang yang membeli secara online, benda tersebut bergantung kepada individu mungkin. Banyak juga orang kita ni dah berjaya membina perniagaan mereka dengan barang fizikal ni ada yang secara sambilan dan ada juga yang buat sepenuh masa. Anda tak perlu jual kat pasaran luar pun, jual kat pasaran Malaysia pun dah cukup boleh buat duit, kalau boleh tembus pasaran luar negara lebih bagus.

2. Produk digital

Produk digital ni lebih menjurus kepada produk-produk informasi tentang sesuatu perkara seperti koleksi resepi, panduan membuat duit di internet, panduan buat website dan bermacam-macam lagi panduan.Tak semestinya produk informasi ni berkisar tentang tajuk buat duit saja. Panduan-panduan lain juga boleh di jual di internet.

Selalunya informasi-informasi tersebut di buat dalam bentuk ebook (buku digital) ataupun dalam bentuk video. Ianya hanya perlu di download saja di internet setelah anda membuat pembelian. Tak perlu pos. Memang produk digital paling menjimatkan kos, hanya perlu keluarkan modal sekali sahaja untuk menghasilkan produk, selebihnya anda hanya perlu buat marketing, marketing dan marketing.

Untuk menghasilkan produk digital ni anda kena la kreatif dan ada idea yang menarik, kena selalu buat brainstroming la. Kesimpulannya, produk digital ni, anda buat sekali untung berkali-kali.

3. Perkhidmatan

Selain daripada produk fizikal dan produk digital anda juga boleh iklankan perkhidmatan anda di internet. Apa sahaja perkhidmatan boleh di jual di internet. Perkhidmatan buat website, design theme, penulisan, bengkel atau seminar antara contoh yang boleh saya senaraikan di sini. Pilih bidang yang anda mahir dan buat servis tersebut.

Bisnes perkhidmatan ni sebenarnya bagus juga sebab kita hanya menjual kemahiran kita tak perlu banyak modal untuk dikeluarkan. Contohnya orang yang buat seminar, apa-apa seminar sekalipun, mereka hanya bercakap sahaja, modal air liur sahaja. Cakap pun boleh buat duit. Tetapi kena kuasai bidang tersebut dengan maksimum la, nanti kalau orang tanya banyak senang nak jawab.

Secara kesimpulannya perniagaan internet bukanlah sesuatu yang mudah, buat hari ni esok dapat untung. Anda kena banyak belajar dan sanggup melabur untuk mendapatkan ilmu dan banyak memberi tumpuan serta memerlukan masa yang banyak untuk mengkaji. Ada orang kata perniagaan internet ni hanya buat website lepas tu goyang kaki kemudian duit masuk. Jika terlalu mudah macam tu, dah banyak orang kat Malaysia ni dah kaya raya dan berhenti kerja.

Tetapi kita kena akui hakikat bahawa untuk dapat RM 1 yang pertama atau jualan pertama melalui internet perlukan banyak masa dan pengorbanan bukan goyang kaki dapat duit. Belajarlah daripada usahawan-usahawan internet dan yang paling penting jangan berputus asa walaupun berapa kali anda gagal. Orang yang berjaya mencapai kejayaan tentu dia belajar daripada sesuatu samada daripada kegagalan diri sendiri atau daripada kegagalan orang lain.

– Post ini dipetik dari laman blog informercyber.com –

Posted on 2 September 2010, in Pelbagai. Bookmark the permalink. Tinggalkan komen.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: