>Perbandingan Blogspot dan WordPress

>Sebagai orang baru nak berjinak-jinak dengan blog, tentunya ramai yang masih keliru kegunaan blogspot dan wordpress. Untuk pengetahuan anda semua, blogspot dan wordpress adalah dua tapak hosting percuma untuk anda membina laman blog anda. Anda boleh pilih samada untuk menggunakan laman blogspot ataupun laman wordpress.

Saya bukanlah orang yang pakar dalam menentukan manakah pilihan terbaik untuk kita membina laman blog masing-masing. Kerana setiap tapak hosting tersebut mempunyai kelebihan dan kekurangan tersendiri.Cuma bagi saya, menggunakan blogspot lebih mudah sekarang ini berbanding wordpress yang memerlukan usaha lebih mendalam untuk mempelajarinya. Mungkin dalam jangkamasa panjang, bila saya sudah mahir menggunakan wordpress, tak mustahil saya akan beralih ke tapak hosting wordpress pula. Tak salah mencuba kan. Bagi anda yang baru berjinak-jinak dengan blog, saya cadangkan gunalah blogspot terlebih dahulu. Di samping itu, kita cuba belajar guna wordpress, sebab dengan kemahiran wordpress, kita senang nak beralih ke laman blog berbayar yang ada .com / .net / .my dan macam-macam lagi kelak.

Kali ini, saya akan terangkan perbandingan tapak hosting blogspot dan wordpress. Ini bukan pandangan saya sendiri, tapi pandangan dan kajian dari pakar-pakar blog dari dalam dan luar negara. Saya cuma ringkaskan dan terjemahkan di sini.

1. Kemudahan untuk membina

Sudah pasti blogspot lebih mudah untuk kita membina laman blog. Kita boleh mengambil masa lebih kurang 10 minit sahaja untuk menyiapkan satu laman blog siap dengan posting sekali. Juga terdapat pelbagai pilihan template yang kita boleh pilih untuk mencantikkan laman blog kita.

Berbanding dengan wordpress, memang sakit kepala nak bina laman blog kita, tambahan lagi kalau kita tak tahu apa nak buat, apa kita nak sebenarnya dengan laman blog kita. Disebabkan kita sendiri memiliki laman blog tersebut, maka kita terpaksa upload sendiri fail instalasi (installation files) ke server, buat database dan juga memulakan penyusunan skrip (run configuration script). Susahkan? Saya nak terangkan pun susah, belum buat lagi.

Bagaimanapun, susah payah kita lalui dengan wordpress, bila kita nak upgrade blog kita ke tapak blog yang berbayar, dengan hanya satu klik sahaja. Semua content yang ada dalam laman wordpress kita boleh terus upload ke tapak baru tersebut. Itulah kelebihan wordpress berbanding blogspot.

2. Fleksibeliti

Blogspot tidak membenarkan kita membuat kategori. Berbeza dengan wordpress, kita boleh letakkan kategori tertentu seperti sebuah majalah ataupun portal.

Menyebarkan maklumat melalui worpress (publishing) adalah lebih pantas melalui worpress berbanding blogspot. Walaupun menggunakan blogspot kita dapat meletakkan pelbagai fungsi tambahan, tapi ia sebenarnya agak terbatas berbanding kalau kita mahir menggunakan wordpress. Ini terutamanya dari segi kemudahan mengendalikan sistem CPM (Content System Management).

3. Hak cipta dan Hak Milik

Dari segi hak cipta dan hak milik, nyata sekali kita tidak bebas dengan menggunakan blogspot. Ini kerana, Google lah yang memiliki hak cipta tersebut kerana blogspot adalah di bawah Google. Bila kita tidak bebas, maksudnya Google boleh pada bila-bila masa menutup akaun kita bila didapati isi kandungan blog kita tu nanti tak ‘sebulu’ dengan polisi mereka. Ini bagi penulis-penulis blog yang hebat-hebatlah. Tentu mereka tak nak benda ni berlaku kat blog diorang. Kalau anda semua perasan, kat blogspot ada letak satu button, komen isi kandungan tidak baik. Jadi kalau ramai yang lapor tidak baik, maka alamatnya blog kita kena tutuplah.

Tapi kalau dengan wordpress, kita lah pemilik laman blog tersebut. Tiada siapa yang berhak mengawal isi kandungan laman blog tersebut.

4. Search Engine Optimization dan Trafik

Ramai yang berpendapat, disebabkan Google memiliki blogspot, maka senanglah kita nak dapatkan orang untuk datang ke laman blog kita. Sebenarnya, peningkatan trafik ke laman blog kita, banyak dipengaruhi oleh faktor isi kandungan yang terdapat di laman blog kita. Maknanya, tak kisah lah wordpress ke, blogspot ke, Google akan pamerkan di tempat teratas bila kandungannya bagus.

Bila kita menulis dalam blospot, kita sebenarnya hanya boleh mempromosikan tulisan tersebut dalam ruang yang terhad. Berbanding dengan menulis dalam wordpress, kita boleh promosi dalam ruang yang lebih luas, dan mendapatkan trafik yang lebih banyak berbanding blogspot.

5. Potensi mendapat wang

Tidak dapat disangkal lagi, blogspot memberikan kita peluang lebih besar untuk membuat wang berbanding wordpress. Potensi memdapat wang melalui iklan google (Google Adsense) memang mudah melalui blogspot. Mungkinlah disebabkan blogspot dimiliki oleh Google, maka itulah kelebihan yang diberikan kepada penggunanya.

Bagi wordpress pula, kita kena tambah macam-macam, kena cantikkan blog kita dulu, baru boleh dapat kebenaran dari Google Adsense untuk buat iklan kat laman blog tersebut. Kena tambah macam-macam plug-in. Namun, walau susah, sebenarnya masih ada cara, iaitu perkongsian keuntungan dengan penulis dan penyumbang ke laman blog kita. Wah, ini kira lagi advance lah. Saya pun tak berapa faham. Nantilah tunggu saya nak explore dulu wordpress ni, boleh saya cerita lebih lanjut pasal potensi mendapat wang melalui wordpress ni.

Setakat ini dulu, perkongsian saya tentang kelebihan dan kekurangan blogspot dan wordpress. Banyak lagi sebenarnya kelebihan dan kelebihan yang tidak sempat saya kongsikan bersama anda di sini. Jadi bagaimana dengan anda. Dah pilih laman blog mana untuk perniagaan ataupun organisasi anda? Saya sangat mengalu-ngalukan komen anda tentang tulisan ini. Ok. Jumpa lagi.

Posted on 1 September 2010, in Pelbagai. Bookmark the permalink. Tinggalkan komen.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: