>Bestnya kalau dapat beli barang persiapan raya secara online

>Hari ni 31 Ogos 2010, genap 53 tahun negaraku merdeka.
Lahir sebagai anak merdeka, kadang-kadang membuatkan kita alpa, erti kemerdekaan sebenar. Apapun, sebagai warganegara Malaysia yang dicintai, saya tetap bersyukur berada di bumi merdeka ini, dan tumpang bersimpati dengan rakan seagama di bumi Palestin nun jauh di sana. Dalam kita nak bersiap nak sambut hari lebaran ni, sahabat-sahabat kita di sana bersabung nyawa untuk meneruskan kehidupan mereka yang entah tiada penghujungnya.

Sambil terfikir-fikir benda tu, saya gagahkan jua kaki melangkah ke Jalan Masjid India buat mencari sepasang baju melayu dan sepasang baju kurung untuk isteri tercinta. Maklumlah dia dalam pantang sekarang. Terpaksalah saya belikan baju untuk dia.

Kalau tak beli sekarang, nanti dia bersungut nak pergi beli sendiri, walhal dalam pantang lagi, lepas bersalin. Nak tak nak, saya gagahkan juga dalam bulan puasa ni, mencari baju yang diminta. Panas terik mentari betul-betul menguji puasa kali ni. Tahun lepas, saya cari baju sendiri dan baju isteri dia cari sendiri. So senanglah sikit. Tapi tahun ni, hampir satu Jalan Masjid India tu saya pusing. Sambil menilik harga dan warna baju diminta, saya juga melihat pelbagai telatah orang yang membanjiri tempat ini. Yang paling sedih, anak kecil pun terpaksa berpanas terik, menemani makayah mereka shopping. Biasalah, raya setahun sekali.

Sambil tu, saya terfikir juga, kalaulah tukang-tukang kedai di Jalan Masjid India ni, dapat masukkan semua barang-barang dia online, kan ke best. Kita tak payahlah bersusah payah nak ke sana mencari barang-barang persiapan raya nanti. Sekali borong online, pastu bayar, dapat barang dalam sehari dua. Isteri saya yang dok kat rumah pun just klik sana, klik sini untuk beli baju kurung yang dia idamkan. Siap dengan tudung, aksesori sekali. Setahu saya, memang ada blog-blog yang jual benda tu. Tapi pilihan tak sebanyak yang ada di kedai-kedai di Jalan Masjid India tu.

Di sinilah peluang kita nak buat duit sebenarnya. Kalau kita mahir buat blog, kita boleh pergi ke kedai-kedai sekitar Masjid India tu dan bincang dengan tuan kedainya. Kita ambil komisyen jual barang-barang dia secara online. Kita ambil gambar, masuk dalam blog kita dan letak harga yang berpatutan. Buat diskaun harga sikit (bincang dengan tuan kedai). Amacam. Kalau kita tak mahir buat blog sekalipun, jangan risau. Freelance Buat Blog macam saya kan ada. Murah-murah je saya buat blog untuk anda. Tugas anda, cuma siapkan materials (gambar,harga,akaun bank) untuk dimasukkan kedalam blog anda tu nanti.

Amacam. Nampak peluang? Jom pakat buat blog kedai-kedai tu sekarang, untuk persiapan raya tahun depan. Lihatlah hasilnya nanti.

Posted on 31 Ogos 2010, in Pelbagai. Bookmark the permalink. 1 Komen.

  1. >idea yang menarik. tapi dah ramai orang buatlah. betul tak?

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: