>Bagaimana Buat Duit Dengan Blog

>

Ramai yang menganggap blog, sama dengan laman web. Memanglah sama, kalau lihat dari segi rupa parasnya memang sama. Tapi blog mempunyai kelebihan yang tersendiri. Kelebihannya yang utama ialah blog menyediakan tempat untuk kita berbincang, berbanding laman web yang bersifat hanya memperkenalkan dan menjual barang sahaja. Pelanggan boleh berkomunikasi dengan penjual lebih baik melalui blog.

Tak kisahlah itu semua, yang penting sekarang, kos untuk bina blog ni lebih murah banding dengan kos bina laman web. Dan cara nak kendalikan blog ni juga lebih mudah berbanding laman web. Mulanya memanglah pemikiran kita akan terbayang, bestnya dapat letak maklumat dan gambar-gambar berkaitan produk kita kat internet ni. Mudahlah pelanggan nak dapat info. Dan mudahlah diorang nak beli…

Tapi sebenarnya anggapan kita salah. Blog bukan sekadar tempat kita nak perkenalkan dan jual barang sahaja. Perkenal dan jual adalah perkara asas yang ada pada blog dan juga laman web. Sebagaimana yang saya terangkan tadi, bagaimana kita nak tarik pelanggan supaya dapat berkomunikasi dengan kita melalui blog yang dibina. Nak tahu, sesuatu blog tu bagus ke tidak, tengok pada ruangan komen di bawah tajuk sesuatu artikel itu ditulis, ramai tak yang komen.

Kalau ramai yang komen, maknanya blog kita tu memang mendapat perhatian yang bagus dari pembaca-pembaca yang juga pelanggan dan juga bakal pelanggan kita kelak. Contohnya, di sebalik kita bercerita tentang kebagusan, kehebatan, kecanggihan produk kesihatan yang kita nak jual. Ada baiknya kita tukar topik perbincangan kita tentang penyakit-penyakit berbahaya di zaman moden ni. Punca-punca penyakit, kaedah rawatan moden dan sebagainya. Ataupun, dari kita bercerita tentang perkhidmatan andaman pengantin kita, cuba kita beri tips bagaimana nak buat andaman pengantin, hiasan pelamin, hiasan hantaran dan gambar-gambar yang telah kita gubah sendiri. Itu secara tidak langsung, menarik minat pembaca untuk mengikuti blog kita.

Macam yang saya cerita sebelum ini, blog kita umpama restoran makanan yang perlu dikunjungi setiap hari oleh pelanggan tetap kita. Bukan datang sekali, lepas tu terus tak datang, pasal tak de apa yang menarik kat kedai kita. Begitulah juga dengan blog kita, bukan tempat nak perkenal barang, dan jual barang semata-mata. Orang tak tau nak komen apa kat barang kita jual tu, dan peluang untuk mereka telefon kita untuk membeli barang tersebut sangatlah tipis (pengalaman saya sendiri).

Berbalik kepada soalan kita yang asal-asal tadi, bagaimana nak buat duit dengan blog? Jawapannya saya dah ulas panjang tadi, mestilah ada kelainan pada blog kita berbanding laman web. Blog bersifat lebih santai, lebih terbuka, menarik minat orang untuk komen, bertanya, dan memberikan tip-tip berguna kepada pembaca. Apabila kita berjaya membina kumpulan pembaca blog yang ramai, dari situlah sebenarnya kita akan mula membuat duit dengan mereka.

Izinkan saya berkongsi sebuah cerita yang dipetik dari buku ‘Buat Duit Dengan Blog’ yang ditulis oleh En. Yazid Yahaya. Kisah ini berkaitan dengan salah seorang sahabatnya yang mempunyai kepakaran mengubah WordPress theme. Sahabatnya ini baru memulakan perniagaan ketika itu pada pertengahan 2007, dan sudah berjaya menjana pendapatan melalui internet. Caranya ialah dengan mengedarkan WordPress theme secara percuma kepada pembaca blognya untuk memancing pelanggan. Ini secara tidak langsung memberi tahu pembaca-pembaca blognya, bahawa dia mempunyai kepakaran dalam membina WordPress theme. Ramai pelanggan yang menghubungi beliau melalui laman blognya, meminta beliau mengubah WordPress theme mereka.

Satu kisah lagi, ialah sahabat saya sendiri yang mengendalikan laman blog Symbian, iaitu program untuk telefon bimbit (kalau komputer guna operasi Windows XP, Vista dan macam-macam lagi, telefon guna operasi Symbian). Boleh lawat laman blog tersebut di http://www.symbianku.com/. Di samping beliau berkongsi kepakaran beliau dalam bidang ini, beliau juga menjual CD dengan harga RM30, RM50 dan juga RM80 kepada pembaca-pembaca yang ingin upgrade handphone mereka supaya lebih canggih, lain dari yang lain, dan lebih bermakna kepada pemakainya. Saya akan berkongsi lagi lebih terperinci, bagaimana untuk buat duit dengan blog ini secara lebih terperinci dalam tulisan-tulisan yang akan datang.

Posted on 28 Ogos 2010, in Pelbagai. Bookmark the permalink. Tinggalkan komen.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: