>Blog Sebagai Alat Pemasaran

>Memandangkan konsep blog ini ialah buat duit dengan blog, so kenalah saya ceritakan kuasa blog ini sebagai alat pemasaran yang sangat efektik kepada pemasar-pemasar kita. Kalau kena cara dan gayanya, memang boleh buat duit. Cuba bayangkan kalau purata untung kat seorang pelanggan ialah RM 1, darab dengan 100 orang pelanggan. Kita boleh dapat duit poket RM 100 sehari. Sebulan boleh dapat duit poket RM 3,000. Kalau separuh pun, boleh dapat RM 1,500 sebulan, separuh lagi pun dapat RM 750, separuh lagi pun boleh dapat RM 375 sebulan. Yang penting duit masuk dalam akaun kita…

Tapi semua tu, perlukan kerja keras juga. Kalau kita anggap dengan ada blog, tentu boleh buat duit. Anggapan itu salah. Pasal saya dah lalui semua tu. Dengan susah payah saya buat blog tersebut, tapi RM 1 pun tak masuk dalam akaun saya. Pasal apa? Sebab perkara pertama yang perlu kita pelajari dengan mendalam dan susah payah, bagaimana nak bina blog yang berjaya menarik minat orang ramai. Membina sebuah blog adalah lebih mudah dari membina rangkaian pelanggan yang membanjiri blog kita. Macam kalau kita buka restoran, berapa lama kita perlu tunggu untuk pelanggan-pelanggan biasa dengan kedai kita, seterusnya menjadi pelanggan tetap restoran tersebut. Blog kita, umpama kedai maya, yang membekalkan pelbagai maklumat yang diperlukan oleh pelanggan.

Lebih dari itu, membina kreadibiliti blog tersebut lebih sukar dari membina kreadibiliti sebuah restoran makanan. Kerana melalui blog, penyelewengan lebih mudah berlaku, kerana pelanggan tidak berdepan secara langsung dengan peniaga. Jadi mereka mungkin mengambil jalan selamat, dengan tidak membuat pembelian melalui internet. Walaupun hakikatnya sama saja kaedah membeli melalui internet, ataupun membeli melalui kedai. Sebagai pengguna, kita tetap dilindungi oleh undang-undang. Berkaitan dengan undang-undang, Insyaallah saya akan kupas melalui isu-isu yang akan datang.

Cuma saya nak bagitau, blog memang boleh jadi alat pemasaran yang sangat berguna untuk korang, berbanding dengan iklan-iklan di televisyen, radio dan akhbar, yang mahal, terhad dan kadang-kadang kurang berkesan (kalau keluar dua tiga kali setahun). Berapa modal yang korang kena sediakan kalau nak pasarkan melalui blog ni? Jawapannya adalah FREE. Tidak perlu modal. Yang korang kena ada ialah sebiji laptop / desktop dan talian internet broadband / streamyx. Itu saja. Tak percayakan. Cuma, kalau korang nak tingkatkan lagi kreadibiliti korang, kenalah sedia modal RM100 ke RM200 sikit, untuk upgrade blog korang. Macam kedai mamak, dia tambah aksesori seperti LCD projector, tambah WIFI, tambah itu, tambah ini, pasal nak tarik ramai orang ke kedai dia. Macam tu jugaklah blog korang, yang dah jadi macam kedai korang di alam cyber ni.

So, dah bersedia nak bina laman blog korang sendiri? Ayuh, kita pakat bina blog kita masing-masing, dan buat duit ramai-ramai melalui internet ni. Kepada En. Yazid Yahaya, izinkan saya menerobos lebih dalam lagi hasil tulisan En. Yazid, untuk dikongsikan dengan pembaca-pembaca di laman ini. Mudah-mudahan ilmu yang En. Yazid berikan, mendapat pahala yang tidak putus-putus di akhirat kelak. Amin.

Posted on 13 Ogos 2010, in Pelbagai. Bookmark the permalink. Tinggalkan komen.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: