>Terjumpa Buku Lama

>

Entah mengapa tengah kemas-kemas bilik saya yang bersepah semalam. Terjumpa buku yang saya dah beli setahun lepas. BUAT DUIT DENGAN BLOG, yang ditulis oleh Yazid Yahaya. Tak kisahlah sape penulisnya, yang penting saya faham apa yang dia tulis dan saya dapat manfaat berupa duit dengan hasil tulisannya. Sebenarnya saya beli buku tu, pasal nak pasarkan barang-barang MLM saya tahun lepas, guna blog. Selepas menelaah buku tulisan beliau setahun lalu, terhasilah blog saya sendiri tahun lepas. Nama blog saya dulu?
Tak payah sebutlah, segan saya nak tunjuk. Pasal takde sambutan langsung terhadap blog saya tu. Adalah sorang yang komen, lepas tu senyap. Sampai sekarang masih macam tu je. Baiklah lupakan sekejap pasal blog saya yang kurang menjadi tu. Yang penting sekarang ni, saya nak mula balik dari A, bagaimana nak hasilkan blog yang betul-betul boleh cari makan. Walaupun rasanya agak mustahil sekarang, saya tetap optimis, kalau betul cara-caranya, Insyaallah rezeki ada di mana-mana. Cuma kita kena korek dalam-dalam sikit ilmu berkaitan blog ni. Kalau mustahil, macammana boleh lahir jutawan internet macam Irfan Khairi. Dah banyak cerita-cerita saya dengar, orang jadi jutawan dengan internet ni. Ada tauke Kek Lapis, Kerepek, Rempeyek (tempeyek ke), kuih raya, baju raya, tudung, penjimat minyak, ubat kuat, Symbianku (rakan saya, seorang programmer handphone) dan lain-lain yang dah jadi jutawan / hampir-hampir jutawan melalui kaedah internet ni. Salah satu caranya ialah perniagaan melalui blog.

Isi penting buku tersebut.

Memang saya dah mentelaah buku tersebut setahun lalu. Semata-mata nak pasarkan produk kesihatan MLM saya. Produk kesihatan saya jual tu, memang bagus (pasal saya dah try sendiri kat badan saya, dan ahli keluarga saya). Tapi saya bukan nak pasarkan produk kesihatan saya tu kat sini. Pasal saya dah berenti buat MLM sekarang. Makan sendiri bolehlah. Lagipun saya memang takde rezeki dalam MLM ni. Walaupun saya pandai cakap, pandai present. Tapi saya kekurangan prospek yang berminat dengan bisnes MLM saya dulu.

So, saya dapat lah buat kesimpulan mudah. Nak berjaya dalam perniagaan MLM ni, dan bisnes apa sekalipun, yang penting mesti ada prospek yang ramai. Kalau telefon kita setiap jam berdering, sampai nak tidur pun orang telefon lagi, maknanya bisnes kita maju betul, walaupun kita takde kedai atau pejabat (bisnes MLM). Tapi kalau sehari, nak dapat sorang telefon kita pun susah, baik kita fikir dua kali, nak teruskan bisnes tersebut atau tak. Jangan ambil masa panjang nak putuskan, pasal masa berjalan, wang kita pun makin kurang. Fikir langkah drastik, apa kaedah yang boleh digunakan untuk memasarkan produk kita tu nanti.

Jadi berbalik kepada isi penting buku tersebut, ia banyak memberikan input, bagaimana hendak membina blog kita sendiri, brainstorming kaedah terbaik menghasilkan blog, bagaimana dapat duit dengan blog dan pelbagai tips menghasilkan blog terbaik. Tapi saya yakin, ramai yang buta ICT kat luar sana. Macam saya gak mula-mula dulu. Tak reti camane nak buat blog sendiri. Saya sendiri pun, kalau tak pasal nak cari duit lebih, takde jadahnya saya nak belajar semua ni. Tapi, pasal duit, saya sanggup belajar.

Pada korang (bahasa member2) yang ada ilmu ICT asas, boleh cuba-cuba belajar kat sini, dan dari laman pautan yang akan saya letakkan tak lama lagi. Pada yang takde ilmu ICT, ataupun yang ada duit lebih, tapi malas nak fikir camane nak buat blog untuk perniagaan korang, jangan buang masa, serahkan saja kat saya untuk handle blog korang. Yang korang kena tahu ialah, siapkan modal untuk upah saya, dan sewa domain (kalau nak blog berbayar).

Bab modal, biarlah tolak tepi dulu. Sebab yang saya nak dari blog ni, ialah perkongsian pintar. Duit memanglah saya nak, tapi biarlah saya share semua ilmu yang saya ada dulu kat korang, pembaca blog ni. Mudah-mudahan kalau ilmu saya ni bermanfaat untuk perniagaan korang, kalau saya tak dapat duit pun, at least saya gembira dapat majukan lagi perniagaan korang. Ilmu bermanfaat, boleh bawa ke mati tau. Jangan tak tau pulak.

Posted on 12 Ogos 2010, in Pelbagai. Bookmark the permalink. Tinggalkan komen.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: