>Mengapa nak duit lebih !

>Selamat datang ke Freelance Blog Creator ini. Hari ini merupakan hari pertama umat Islam di seluruh dunia menunaikan ibadah puasa. Bila masuk bulan puasa je, mesti kita dah plan nak raya camane. Betul tak. Nak fikir macam-macamlah persiapan raya nanti. Tengah fikir-fikir nak cari duit lebih ni, memang bertuahlah anda semua terbuka blog saya ni. Pasal apa, pasal blog ni memang amat-amat diperlukan oleh anda semua, dalam usaha mencari duit lebih untuk raya nanti…..

Mengapalah semua orang nak fikir cari duit lebih sekarang ni. Macam-macamlah nak bayar. Tambah dah nak puasa ni, lepas tu raya pulak. Nak kasi duit raya kat anak-anak buah, mak ayah, mak ayah mertua, mak sedara. Belum campur nak beli baju raya, kuih raya, langsir raya, kerusi raya. Semua nak pakai duit. Yang kerja kerajaan, menunggu kalau-kalau ada bonus.Yang kerja swasta pulak, kalau ada bonus memang raya sakan. Tapi banyak yang merungut, pasal bonus tak dapatlah. Bonus sikit lah. Tambah-tambah lagi dengan keadaan ekonomi negara yang sekejap ok, sekejap tak ok. Saya pun tak faham, kerajaan cakap, ekonomi kita naik. Pembangkang pulak, dedahkan negara kita ni, ekonomi makin merudum. Tapi bukan cakap kosong, ada bukti semuanya. Camane kerajaan nak sorok benda ni. Tambah-tambah lagi, zaman ICT ne, mana lah nak tutup lubang. Kalau berita dari kerajaan tak boleh nak percaya, kita ada berita dari pembangkang. Kalau-kalau berita dari pembangkang tak boleh nak percaya, kita boleh cari maklumat dari berita luar negara. Semua ada kat internet.

Ah, malas nak sembang pasal betul ke tidak semua tu. Sebagai rakyat biasa, yang saya tau duit saya makin lama makin sikit, dan saya kena buat sesuatu untuk keluarga saya, anak bini saya kat rumah. Tapi, masalahnya, duit makin genting ketika ni. Silap-silap saya kena makan nasi putih berlaukkan telur goreng tiap-tiap hari, pasal nak jimat duit untuk isi minyak kereta dan beli susu, pampers anak-anak saya. Itu saya tak kisah sangat, biasalah sebagai ketua keluarga kenalah bertanggungjawab. Macam mak ayah kita dulu jugak, berlapar demi memastikan anak-anak diorang dapat minum susu. Sekarang tibalah masa saya pulak buat benda yang sama. Bukan tak boleh macam tu, cuma kalau boleh, biarlah semua tu tamat kat saya sorang je. Anak-anak saya tak perlulah melalui benda yang sama macam saya dan datuk diorang semua lalui.

Ah, itu pun cerita masa akan datang, yang penting sekarang ni, biarlah saya ada duit lebih sikit. Yang penting duit cukup untuk bayar bil-bil semua, beli keperluan anak bini saya, cukup untuk bagi kat orang tua saya, mertua saya, dan balance sikit-sikit untuk masuk dalam akaun simpanan. Tapi, bagaimana caranya. Buntu pulak saya. Nak kerja part time, masa takde, penat. Nak bisnes MLM, tak jalan jugak. Nak jual goreng pisang, dah nak puasa. Nak tuisyen, dah nak periksa. Nak jual kek, kuih raya, tak pandai buat, tak pandai nak jual. Memang dah nasib saya lah agaknya, kerja makan gaji lah sampai bila-bila. Takde duit, rayalah buat takde duit. Senang cite. Tak payah fikir nak beli baju raya, nak bagi duit raya. Harap-harap adalah lubang-lubang duit yang saya boleh korek dekat-dekat nak puasa ni. Begitu juga dengan anda semua. Ada idea?

Posted on 12 Ogos 2010, in Pelbagai. Bookmark the permalink. Tinggalkan komen.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: