Selamat Datang Ke Freelance Blog Creator

Salam kepada pembaca sekalian.

Ini merupakan tulisan pertama saya di laman WordPress. Sebelum ini saya sudah biasa dengan penulisan di Blogspot, jadi pada hari ini saya ingin cuba merasai kelainan di WordPress.

Selain itu, wordpress ini juga boleh menjadi backup terhadap semua penulisan saya di Blogspot. Al-maklumlah, kita semua arif tentang ‘bahaya’ blogspot dalam peraturan mereka yang agak ‘straight’ itu. Silap-silap nak bukak blog kita satu hari nanti, dah tak dapat. Followers pulak dah ramai waktu tue.

Di samping itu, percubaan di wordpress ini juga sebagai persiapan saya untuk menggunakan hosting berbayar satu hari nanti. Kena biasakan diri dengan ‘features’ yang ada di wordpress ini, agar mudah untuk mengendalikan hosting berbayar nanti. Lagi pula, ‘posting’ di wordpress ini mudah untuk di upload terus ke laman blog baru yang berbayar.

Okay… Perjalanan saya di wordpress bermula hari ini. Berjumpa di lain posting.

Selamatkah Kereta Kita?

Salam kepada semua pembaca sekalian. Dalam ‘posting’ kali ini, saya ingin berkongsi tentang keselamatan kereta kita. Tidak kira kereta mahal ke, kereta murah. Kalau kereta hilang, boleh ‘patah kaki’ berbulan-bulan, malah bertahun. Maklumlah, harga kereta di Malaysia ni, bukannya murah. Pendek kata, kalau kereta dah hilang, boleh ‘setengah gila’ dibuatnya. Jadi sebelum kereta kita hilang, baik kita beringat-ingat. Betul tak?

Di sini saya bukan nak promosi sistem penggera yang bagaimana yang terbaik. Sebab masing-masing ada kelebihan dan kekurangan tersendiri. Ada pelbagai jenis sistem penggera yang ada di pasaran. Ada yang murah dan mahal, ada yang konvensional dan automatik, pendek kata ada macam-macam. Cara bayar pun macam-macam, ada yang boleh bayar bulan-bulan, ada yang tunai, dan ada yang 3 kali bayar. Cara jualan pun pelbagai, ada yang dijual di kedai aksesori kereta dan ada yang dijual dari rumah ke rumah.
 
Bagi pemilik kereta-kereta baru, tentu anda pernah didatangi oleh penjual-penjual ke rumah, yang sempat membuat demonstrasi bagaimana kereta anda mudahnya dicuri. Tanpa berfikir panjang, terus anda bersetuju membeli peralatan penggera keselamatan kereta syarikat terbabit. Tidak salah sekiranya anda berkemampuan untuk memiliki produk tersebut. Ini menunjukkan betapa anda mengambil berat keselamatan kereta anda. Cuma di sini, saya ingin mengingatkan, taktik dan strategi ‘beberapa’ syarikat penyedia penggera keselamatan kereta yang menjual peralatan terbabit, dengan niat untuk mencuri kereta tersebut di kemudian hari. Jadi sebelum membuat pembelian, atau bersetuju untuk memasang sebarang alat keselamatan pada kereta anda, sila pastikan latar belakang syarikat tersebut, sijil-sijil pengesahan dan pengiktirafan kualiti tentang produk yang dijual itu, misalnya dari PDRM, JPJ dan sebagainya. Jadilah pengguna yang bijak, tidak rugi sekiranya kita menangguhkan dulu pembelian, dan minta mereka datang kemudian hari untuk mendapatkan keputusan pembelian dari kita.
 
Pada pendapat saya, semua sistem penggera keselamatan kereta semuanya sama. Pasti ada kelemahan yang boleh dikesan oleh pencuri kereta profesional. Secanggih manapun alat keselamatan yang dipasang pada kereta kita, bagi pencuri profesional, mereka dapat membukanya dengan mudah, berbekalkan peralatan canggih yang boleh dibeli dari luar negara. Cuma apa yang kita boleh buat, ialah melengah-lengahkan mereka. Oleh itu, di samping peralatan canggih yang dipasang, kita juga jangan lupa untuk menambahkan alat keselamatan konvensional seperti kunci stering, kunci gear, kunci pedal dan sebagainya, bertujuan melengahkan lagi pencuri tersebut.
 
Seperkara lagi, selagi alat sistem keselamatan kereta kita berorientasikan frekuensi, maka peluang untuk kereta itu dicuri masih lagi tinggi. Kerana di pasaran sekarang, terdapat satu alat dipanggil ‘frequency scanner’ yang digunakan untuk mengesan frekuensi alarm kereta kita. Dengan bantuan alat ini, maka dengan mudah, kereta kita dibuka dan operasi seterusnya dijalankan untuk menghidupkan enjin kereta. Jadi selamatkah kereta kita?
 

Frequency Scanner – Alat Pengesan Frekuensi Penggera Kereta

Jadi di sini, disertakan beberapa tip tambahan untuk memastikan keselamatan kereta kita:

1. Letak kenderaan anda di tempat yang menjadi perhatian dan tumpuan orang ramai (bukannya ditempat gelap)
2. Jangan meninggalkan barang yang berharga atau sesuatu yang boleh menarik perhatian pencuri untuk mencuri kerana pencuri memikirkan sesuatu itu adalah barangan yang berharga (biarpun sebenarnya bukan) di dalam kereta anda.
3. Tingkat sistem keselamatan dan penggera kereta anda. (pencuri sekarang nak mencuri pun pakai alat canggih)
4. Jika anda meninggalkan kenderaan anda dalam tempoh yang lama, beritahu orang yang anda PERCAYAI untuk mengawasi kereta anda.
5. Sebelum meninggalkan kereta anda, pastikan tingkap kereta ditutup rapat dan kuncikan kereta anda. Pasang pengunci tambahan (kalau was-was, periksa semula dan sememangnya tidak merugikan)

Akhir sekali, setelah semua usaha telah dilakukan, sebagai orang Islam, jangan lupa berwakal kepada Allah. Tinggalkan kereta kita dengan berdoa, semoga segala harta kita selamat dari kecurian atau sebarang musibah. Jangan lupa, parking di tempat yang selamat sebelum meninggalkan kereta anda.

Robotic Vacume Cleaner

Salam kepada pembaca sekalian. Mungkin ramai yang dah tahu tentang teknologi ni, dan mungkin ramai lagi yang belum tahu. Saya pun tahu pasal teknologi ‘vacume cleaner robotic’ ataupun penyedut hampagas robot ini dari kawan. So, minat nak tahu, saya search lah maklumat kat tenet. So, agak menarik, dan agak patut dimiliki oleh semua orang, terutama yang sibuk dengan kerja-kerja harian ( saya belum memiliki produk ini ).

Biasa, kalau suami isteri kerja, mana ada masa nak bersihkan rumah. Malam baru sampai rumah. Hari minggu pulak, nak rest. So habuk dalam rumah, makin lama makin tebal. Kalau ada ‘bibik’ ok la. Bolehla harapkan untuk sapu sampah, bersihkan rumah. Bagi yang kurang berkemampuan pula, jangan risau. Masih ada pilihan untuk membantu kerja rumah anda.

Kita ada mesin basuh untuk basuh baju, peti untuk simpan makanan cepat rosak dan pelbagai alatan lagi untuk memudahkan kerja rumah. Jadi, apa kata, tambah lagi satu alat untuk memastikan rumah kita sentiasa bersih dari habuk dan sampah.

MAKLUMAT TERPERINCI

Model : RV-10

AUTOMATICALLY RECHARGEABLE
Robotic Multi-function Vacuum Cleaner

Just set the time for the cleaning and this RV-10 cleaning robot will sweep, mop and vacuum for you everyday.
You may be at the office or out shopping this robot does the cleaning. When the battery is low it will get back to the charge station to recharge and continue to complete the task. Built in intelligence ensures it does not fall off stairs and automatically adjusts cleaning behavior. It low profile gets under furniture that is difficult to reach.

Size: 34 x 9.5 cm
Weight: 3.5kg

Remote Control
Remote control that can stop anytime anywhere or cleaning room by remote control

– Smart Cleaner does a fabulous job automatically clean, sweep and mop all household surfaces.
– Smart Cleaner is capable of cleaning carpet, wood, linoleum and tile.
– Built-in cliff avoidance sensors prevents Smart Cleaner from failing down stairs.
– Three running time period settings from 30 to 60 minutes depend on room size.
– Travels through several cleaning patterns.
– Returns automatically to Docking Station to recharge when battery is low or cleaning program is executed.
– Easy removing and cleaning dust bin will not smudge your hands.
– Remote control that can stop Smart Cleaner anytime anywhere or cleaning room by remote control.
– Rubber spin brushes to avoid stuck by hair & tassels.
– Built-in light sensor to avoid stop under sofa or bed (dark area).

Harga : RM 1180.00

Kamera Tersembunyi ( Spy Camera ) di mana-mana – Berhati-hatilah

Salam kepada semua pembaca sekalian. Emm…semalam saya ada letakkan satu posting kat facebook tentang ‘spy camera’ atau kamera tersembunyi. Saja nak test, kalau-kalau ada yang berminat. Kalau kita ‘surf’ kat internet sekarang ni, memang mudah nak dapatkan spy camera ni. Dengan harga yang murah – RM 200 ke bawah. Sesiapa pun boleh memiliki kamera tersembunyi ini.

Walaupun isu ini mungkin agak ketinggalan, namun perlulah sentiasa diperingatkan kerana kita tidak tahu, di mana-mana pun sekarang ada kamera tersembunyi. Bayangkan anda dalam perjalanan pulang ke kampung. Mesti anda akan berhenti untuk kencing di mana-mana tandas, masjid ke, hentian rehat ke, ataupun restoran-restoran. Silap-silap, video anda dah upload ke internet oleh mereka yang tidak bertanggungjawab. So, pendek kata kena berhati-hati, di mana jua anda hendak mendedahkan ‘bahagian tubuh’ rahsia anda. Jangan menjadi tatapan individu tidak bertanggungjawab kelak.

 Anda pasti kenal alat ini – ‘water sprinkler’

Ada baik dan buruknya di sini apabila dengan mudah sekali kita boleh mendapatkannya. Khabarnya di sekitar Jalan Pasar , Pudu, Kuala Lumpur anda boleh dapatkannya dengan harga yang murah sekali. Produk ini kebanyakkannya di import dari negara China yang harganya memang murah dan mampu milik oleh sesiapa sahaja.

Beg kecil yang di dalamnya berisi kamera tersembunyi

Keburukkan yang pasti ketara ialah menggalakkan seseorang mengintai privasi orang lain tanpa pengetahuan mereka. Contoh di rumah yang di sewa, bilik-bilik hotel mahupun mungkin di tandas awam. Pembuatannya yang agak unik dan sukar untuk kita menyedari kehadiran kamera kecil ini biarpun di sebelah kita. Adakah anda akan merasa selamat sekarang ini ?

Pembuatannya yang tersembunyi di sebalik bentuk yang lain termasuk butang baju pasti tidak di sedari oleh individu yang di intai. Seolah seperti wayang gambar “Mission Impossible” yang popular satu masa dahulu dan kini teknologi tersebut sudah boleh di gunakan oleh kita semua. Satu gangguan privasi individu pada pandangan peribadi saya jika terkena pada diri saya.

Tersembunyi di sebalik pelbagai bentuk termasuk butang baju

Apa pandangan pembaca sekalian? Bolehkah penjualan kamera tersembunyi ini di jual di pasaran terbuka tanpa pemantauan pihak berwajib? Ini kerana sepatutnya penjualannya di pantau sama seperti penjualan ubat-ubatan yang perlu mendapat kebenaran pihak tertentu dan di rekod siapa pembelinya agar mudah jika sesuatu yang tidak di ingini berlaku di kemudian hari nanti.

Setidaknya kebaikan yang ada di sini ialah; ianya boleh di gunakan untuk memantau keadaan rumah kita seandainya di pasang di rumah untuk pengawasan dari kes pecah rumah mahupun memantau orang gaji kita yang menjaga anak-anak di rumah semasa ketiadaan kita. Sudah kerap sangat kedengaran orang gaji yang berani membuli kanak-kanak semasa ketiadaan majikan mereka.

Sekiranya anda berkemampuan, bolehlah beli ‘spy camera detector’ – alat pengesan kamera tersembunyi yang boleh boleh didapati dengan harga yang agak murah. Manalah tahu, berguna bila anda ‘terpaksa’ singgah di tempat-tempat yang tidak dijangka, yang berkemungkinan mempunyai banyak kamera tersembunyi. Wassalam.

Menambah Simpanan ASB Melalui Maybank2U

Salam semua pembaca sekalian. Tak tahu apa nak tulis. So terfikir nak share sedikit pengetahuan tentang simpanan ASB melalui Maybank 2u.

First sekali, yang kita perlu ada ialah akaun Maybank 2U. So kalau tak tau camane nak daftar, senang je. Pergi dekat Maybank terdekat anda, dan minta bantuan Customer Service kat situ tolong daftarkan akaun anda. Senang saja. Dengan ada Maybank 2U, macam-macam kemudahan lain yang anda boleh buat. Bayar bil, loan dan buat investment.

Salah satu investment yang kita boleh buat ialah Pelaburan ASB. So, dah ada Akaun ASB? Boleh buka segera. Takpe, invest sikit-sikit pun takpe. Sebulan RM100, setahun kita dah ada RM 1200. Boleh buat pergi berjalan hujung tahun dengan family kita. Kalau kita simpan 10 tahun, dah ada RM12,000 plus dengan dividen lebih kurang. Boleh la buat downpayment beli rumah atau kereta ke. Betul tak? he he..

Ok, sekarang saya akan kongsikan macamana nak tambah simpanan ASB melalui Maybank2U. Ok. Caranya:

LANGKAH 1: Login ke Akaun Maybank2U.

LANGKAH 2: Klik pada Investment.
 

 

LANGKAH 3: Pilih ASNB unit Trust Additional Purchase.

 
LANGKAH 4 : Tick setuju pada Condition dan juga klik NEXT
 
 

 

LANGKAH 5 : Request TAC, kemudian masukkan Membership Number, letak amaun yang nak ditambah (RM) dan Pilih Product: Amanah Saham Bumiputera.

 
* Untuk melihat Membership Number, sila buka buku akaun ASB anda, dan pilih No. Ahli seperti dalam paparan berikut:

 

LANGKAH 6 :Masukkan TAC selepas anda terima TAC dari telefon bimbit anda.

 

LANGKAH 7 : SUCCESSFUL! Sila simpan resit anda. Digalakkan Print.

 
 
Ok…selamat melabur dengan ASB. Teringat kata-kata keramat arwah nenek saya untuk cucu-cucunya. “Ting-ting, telinga tikus, biar genting, jangan putus”. Maksudnya, biar kita berjimat-jimat dengan duit yang sedikit, asal jangan terputus duit sewaktu susah nanti. Pegh…hebat betul kata-kata ni kan… So, mulakan pelaburan anda sekarang.
– sumber rujukan : nasuha.com –

>Tayar Kereta Anda Selamat?

>

Salam semua. Anda semua arif tentang penggunaan tayar yang sesuai untuk kereta kesayangan anda? Bagi yang kurang arif, di sini disertakan sedikit petua memilih tayar yang bersesuaian dan selamat untuk kereta anda.

1. Penting sekali memilih tayar yang bersesuaian dengan keupayaan kereta. Jika kereta berenjin 1.3, cukuplah jika menggunakan rim sport bersaiz 14 inci (35 sentimeter). Jika anda menggunakan sport rim bersaiz 15 inci, kekuatan pecutan kereta akan menurun, speedometer tidak merekodkan bacaan yang tepat, memendekkan jangka hayat peralatan penyerap hentak dan meningkatkan penggunaan petrol.

2. Selepas mendapat pilihan yang sesuai, cuba perhatikan di bahagian tepi tayar. Terdapat satu rangkaian nombor yang seperti dicetak tenggelam ke permukaan tepi tayar. Sebenarnya rangkaian nombor ini memberikan kita maklumat mengenai tarikh tayar di kilangkan (minggu dan tahun) dan batch pengeluaran di kilang. Jadi apabila tayar tidak memenuhi spesifikasi , maka senang bagi pihak pengeluar menarik balik tayar di pasaran. Maklumat ini kita boleh gunakan untuk tujuan keselamatan. Mengikut piawaian tayar antarabangsa, tayar hanya boleh bertahan selama 2 tahun selepas di kilang (selepas tempoh itu getah tayar akan mati (keras) dan tidak selamt digunakan). Saya beri contoh rangkaian nombor yang ada 4001 bermaksud tayar tersebut di kilang pada munggu ke 40 tahun 2001 dan tarikh expired tayar tersebut sepatutnya minggu ke 40 tahun 2003. Jadi sekiranya kita dapat ada kedai yang menjual tayar dengan harga yang luarbiasa murahnya, cuba periksa tarikh tayar tersebut di kilang, mungkin tayar tersebut adalah tayar yang telah tamat tempoh penggunaannya. Dari pengalaman yang pernah diceritakan kepada saya, tayar yang telah tamat tempoh ini akan lebih senang meletup semasa kelajuan tinggi.

3. Mengenai saiz tayar, perhatikan pula rangkaian nombor dan huruf yang bercetak timbul pada permukaan tepi tayar. Sebagai contoh, cetakan 205/50 VR 16 membawa maksud tayar itu mempunyai kelebaran 205 milimeter (mm), ketebalan tayar daripada rim ke permukaan jalan adalah 50 peratus dari kelebaran 205 mm dan untuk kegunaan rim berdiameter 16 inci. VR bermaksud tayar sesuai untuk kelajuan sehingga 240 kilometer per jam (km/j) tanpa menjejaskan kekuatan dan ketahanan tayar.

4. Terdapat pelbagai jenama dan harga ditawarkan dipasaran seperti Michellin, Yokohama dan Falken. Penting untuk pembeli memikirkan pelbagai kebarangkalian dan faktor cuaca serta jangka hayat kereta. Biarpun sesetengah tayar dijual sedikit mahal, amat berbaloi untuk berbelanja lebih jika mengambil kira faktor kualiti dan iklim. Tentang jenis tayar pula, kebanyakkan kita lebih suka memilih tayar import terutama dari Japan. Harganya lebih mahal dan dikatakan lebih lembut. Memang benar, tayar seperti michelin, yokohama, falken etc. lebih lembut kerana, tayar tersebut dibuat berdasarkan iklim sederhana yang kurang panas dan apabila digunakan di Malaysia yang sememangnya panas terik, tayar tersebut akan mempunyai jangkahayat yang pendek (cepat habis bunganya). Kebisingan tayar adalah bergantung kepada bunga tayar. Lebih senyap sesuatu tayar, maka lebih rapat bunga tayarnya dan tidak sesuai untuk permukaan jalan yang basah. Lebih bising tayar, lebih mencengkam dan sesuai pada permukaan yang basah. Jadi kalau kita hendakkan tayar yang senyap, kita terpaksa lebih berhati-heti semasa hujan.

5. Tayar sepatutnya di tukar kedudukannya setiap 3 bulan. Caranya, tayar depan kiri ditukarkan ke kanan belakang dan tayar depan kanan ditukarkan ke kiri belakang (untuk 4 tayar sama saiz). Lebih baik sekiranya tayar simpanan/ganti juga di masukkan ke dalam rotation tukaran tayar. Caranya, masukan tayar ganti ke kanan belakang, belakang kanan ke depan kanan, depan kanan ke belakang kiri, depan kiri ke dalam boot ganti, belakang kiri ke depan kiri. Semua rotation ini bergantung kepad jenis kereta, sistem pacuan dan sistem suspensi kereta.

6. Perhatikan juga keadaan bunga tayar sekali-sekala. Jika bunga tayar pada bahagian tepi tayar lebih cepat haus (menipis), ini bermakna tekanan udara dalam tayar tidak bersesuaian. Jika bahagian tengah lebih cepat haus, maksudnya tekanan udara terlalu tinggi dan jika haus pada bahagian luar saja, ini bermakna keselarian tayar perlu diperbetulkan. Jika bunga tayar yang haus tidak sekata (turun naik), maka penyerap hentakan (absorber) perlu diganti.

Mudah-mudahan berguna kepada anda semua. Jumpa lagi di post akan datang.

>Teori Asas Pemasaran – 4p’s (+3p’s)

>Salam semua. Dah lama pulak rasanya tak menulis di blog ini. Pasti ramai yang tertunggu-tunggu post terkini dari blog ini. Kepada pembaca setia blog ini, saya ingin memohon maaf kerana sudah lama tidak memberikan input dan info berguna di blog ini. Maklumlah, dalam 2 bulan ni, sibuk sedikit dengan urusan kerja, so takde kesempatan nak cari bahan untuk ditulis di sini.

Terlebih dahulu, sempena bulan Mei ini, saya ingin mengucapkan Selamat Hari Pekerja, Selamat Hari Ibu dan Selamat Hari Guru kepada semua yang menyambutnya pada bulan ini. Sesungguhnya anda semua, memainkan peranan yang penting dan tersendiri dalam memajukan negara ini.

Dalam posting kali ini, saya nak membuat sedikit ‘refresh’ tentang pembelajaran saya semasa di Universiti dahulu. Iaitu 4 p’s – Product, Price, Place, Promotion yang merupakan asas penting dalam ilmu dan strategi pemasaran. Mungkin agak teoritikal sedikit, namun ia merupakan asas yang perlu diketahui oleh setiap ahli perniagaan, usahawan dan juga pemasar-pemasar produk dan perkhidmatan di seluruh dunia.

Strategi Pemasaran 4P (+3P)

DALAM aktiviti memasarkan produk, pemasar membuat keputusan dan menggunakan berbagai kaedah untuk mendapatkan respon positif daripada pelanggan sasaran. Jerome McCarthy telah mengklasifikasikan kebanyakan kaedah tersebut kepada empat group utama iaitu Product, Price, Place & Promotion yang merupakan Bauran Pemasaran yang biasa digunakan oleh pemasar. Bauran ini juga biasa disebut sebagai strategi pemasaran 4P.

Untuk mencapai objektif pemasaran melalui strategi 4P, pemasar perlu memanipulasi dengan cara yang paling efektif di antara variables yang terdapat dalam bauran pemasaran tersebut supaya menghasilkan respon yang optima di kalangan pelanggan sasaran.

Secara ringkas, antara variables yang dimaksudkan bagi setiap P berkenaan ialah:

1.Product

Di era pemasaran yang banyak persaingan pada masa ini, keupayaan mengemukakan produk yang lebih kompetitif sangat penting sebagai strategi pemasaran. Melalui penggunaan teknologi dan kepakaran yang tinggi, pengeluar boleh menghasilkan produk yang berkualiti, namun untuk memiliki kelebihan kompetitif dikalangan pesaing, ianya memerlukan berbagai inisiatif tambahan oleh pemasar.

Asasnya, isu terpenting mengenai produk ialah ianya perlu menetapi keperluan, kemahuan dan harapan pengguna. Di sini, faktor-faktor lain selain kualiti seperti variety untuk pilihan, kesesuaian rekabentuk, kaedah pembungkusan, faedah penggunaan, serta berbagai attribute daripada produk patut diambilkira untuk menarik perhatian pelanggan.

Di peringkat awalnya, strategi produk menghendaki pemasar menganalisa persekitaran pasaran seperti demand, persaingan dan pertumbuhan serta mengukurnya dengan keupayaan yang ada. Pemasar juga perlu menjangkakan perubahan dan pelbagai situasi luar kawalan dan menyediakan alternatif tindakan yang wajar. Analisa melalui kaedah tertentu (spt. PEST, SWOT dll.) boleh membantu dalam menyediakan maklumat awalan. Seterusnya, setelah produk diterima di pasaran, pemasar perlu pula mengadakan berbagai insentif untuk menjadikan sebab mengapa pengguna perlu kekal menggunakan produk yang ditawarkan.

2. Price

Umumnya, menjadi fahaman bahawa harga melambangkan kualiti produk. Tetapi, dalam realiti pemasaran fakta tersebut tidak semestinya betul untuk dijadikan asas perletakan harga yang strategik.

Strategi penetapan harga menjadi penting di atas kesedaran pemasar bahawa faktor harga berperanan dalam mempengaruhi pengguna untuk membeli dan kekal sebagai pelanggan sesuatu produk. Di masa yang sama penetapan harga mesti berasaskan kepada objektif yang hendak dicapai daripada pemasaran itu sendiri. Samaada memperkenalkan produk baru ke pasaran, memasuki segmen baru pasaran, menstabil harga atau menandingi harga pesaing, jualan penghabisan stok, jualan produk yang spesifik, dsb., strategi harga sepatutnya mempunyai kriteria yang berbeza.

Kepada pemasar, harga merupakan kaedah meghasilkan pendapatan dan mencipta keuntungan. Kepada pembeli pula ianya melibatkan aspek seperti kemampuan membeli, berpatutan dan berfaedah. Insentif lain seperti diskaun, jumlah ansuran dan tempuh bayaran dapat mempengaruhi minat pengguna untuk membeli produk. .

3.Place

Strategi penempatan memberi penekanan kepada aspek saluran pengedaran produk yang berfungsi menyampaikan produk kepada pengguna sasaran. Ianya melibatkan aktiviti perkhidmatan seperti transaksi, inventori, lojistik dan kelengkapan fasiliti. Disamping itu, strategi ini juga perlu mengambilkira faktor liputan pengedaran dan kebolehan kakitangan serta tahap perkhidmatan mereka.

Menawarkan produk yang betul, di tempat/lokasi yang betul dan pada masa yang betul, adalah tujuan kepada strategi ini. Kesemua ini sangat bergantung kepada keberkesanan saluran-saluran pengedaran yang ditetapkan. Bagaimana produk ditempatkan di kalangan pengguna, begitu jugalah penerimaan mereka.

4. Promotion

Terdapat juga anggapan bahawa produk yang berkualiti akan terjual dengan sendirinya. Tetapi, dalam strategi mempromosi, pemasar melaksanakan aktiviti memperkenalkan produk yang hendak ditawarkan kepada pengguna. Dalam usaha tersebut berbagai kaedah promosi perlu dilaksanakan agar pengguna mengetahui, memahami dan seterusnya membuat keputusan untuk menggunakan produk. Tanpa aktiviti promosi, pemasaran produk yang berkualiti sekalipun tidak menjadi aktif dan industri sukar memperoleh tahap kompetitif yang dikehendaki di pasaran.

Untuk menarik pengguna membeli produk bukannya tugas yang mudah. Mereka perlu dipengaruhi, bukan setakat di perkenal sahaja. Mereka perlu diberi kesedaran hingga mereka merasa perlu untuk membeli produk yang ditawarkan.

Pengiklanan melalui media massa utama, antara kaedah mempromosi yang termahal, menjadi pilihan industri yang berkemampuan. Walaupun tahap keberkesanannya agak sukar diukur, tetapi yang lebih penting di sini adalah faktor penyebaran maklumat produk yang meluas. Di samping pengiklanan, kaedah promosi yang lain-lain boleh digunakan, samaada serentak mahupun berasingan, bersesuaian dengan objektif pemasaran serta faktor-faktor seperti kos, peluang dan kebolehan berinteraksi yang lebih terbuka dengan pelanggan. .

Sementara itu, sebagai tambahan kepada 4P di atas, Booms & Bitner telah menambah 3P lagi kepada bauran sediaada iaitu People, Process dan Physical Evidence. Penerangan ringkas kepada 3P tambahan ini adalah seperti berikut:

5. People

Faktor manusia (yang terlibat secara langsung & tidak langsung) dalam aktiviti penyampaian produk di pasaran tidak patut dikecualikan. Peranan kakitangan yang menjalankan pelbagai aktiviti berkaitan pemasaran perlu dijadikan sebagai strategi. Oleh itu inisiatif dari aspek kebolehan, kemampuan dan kepakaran para pekerja dan pihak pengurusan di industri perlu juga di beri perhatian dalam strategi meningkatkan keupayaan pemasaran.

6. Process

Proses / aliran kerja termasuk arahan dan prosedur yang bertepatan bagi setiap aktiviti merupakan elemen yang akan menentukan keberkesanan dan kejayaan pemasaran. Oleh itu, ianya juga adalah inisiatif yang strategik sesebuah industri untuk memasukkan unsur ‘process’ ini kedalam strategi pemasarannya.

7.Physical Evidence

Kebolehan dan keupayaan industri dalam penyampaian perkhidmatan mestilah dipadankan bersesuaian dengan persekitaran pasaran di mana perkhidmatan diberikan. Ini akan meningkatkan lagi keberkesanan dalam berkomunikasi dan melaksanakan penyampaian produk, khasnya dalam aspek kepuasan kepada pengguna sasaran.

STRATEGI pemasaran 4 P boleh dikatakan sebagai tindakan empat serangkai oleh pemasar untuk menawarkan produk kepada pelanggan sasaran dengan cara yang lebih efektif. Sementara tambahan 3P lagi kepada bauran tersebut adalah sebagai pelengkap yang khususnya disarankan bagi industri yang menawarkan produk jenis perkhidmatan/servis.

Insyaallah, dalam penulisan akan datang, saya akan kupas, bagaimana syarikat-syarikat dan perniagaan menggunakan 4ps+3ps ini dalam pemasaran produk dan perkhidmatan mereka. Jumpa lagi…

>Prosedur dan Panduan Tukar Milik Kenderaan

>

Tukar Hak Milik Kenderaan dilaksanakan di bawah Seksyen 13 Akta Pengangkutan
Jalan 1987 di mana sebarang tukar hak milik kenderaan mesti dimaklumkan kepada
Pengarah JPJ Negeri dalam tempoh 7 hari.

Jenis Tukar Milik
A. Sukarela
B. Tidak Sukarela
1. tukar hak milik kenderaan tarik balik
2. kenderaan bagi pemilik yang meninggal dunia

Dokumen bagi permohonan

A.Tukar hak milik secara sukarela

1. Kenderaan Persendirian Individu

1. 2 salinan Borang Senarai Semak TM-1 ;
2. 2 salinan Borang JPJ K3 yang telah diisi dengan lengkap dan ditandatangani
oleh pemunya berdaftar dan pemunya baru;
3. Perakuan Pendaftaran Kenderaan asal (JPJK2);
4. Dokumen pengenalan identiti orang yang menandatangani borang Borang JPJ K3,
samada;

a. Kad pengenalan; atau
b. Passport untuk warganegara asing; atau
c. Surat pengenalan sementara yang masih berkuatkuasa; atau
d. Kad Pengenalan Polis; atau
e. Kad Pengenalan Tentera.
f. Salinan dokumen pengenalan identiti diri hendaklah disahkan oleh Pegawai
JPJ atau Pesuruhjaya Sumpah atau Jaksa Pendamai TM-AB atau Pejabat
Kedutaan / Pesuruhjaya Tinggi atau Konsulat Malaysia;

5. Slip pembatalan e-Hakmilik/notis pembatalan tuntutan hakmilik pemunya
berdaftar;
6. Lesen Kenderaan Motor yang berkuatkuasa untuk dibatalkan bagi kes pertukaran
milikan daripada persendirian individu kepada persendirian syarikat (kecuali
Sabah dan Sarawak); atau Pembayaran balik bagi kes pertukaran milikan
daripada persendirian syarikat kepada persendirian individu (kecualiSabah
dan Sarawak dan
6. Sijil Pemeriksaan Tukar Milik oleh PUSPAKOM yang masih berkuatkuasa.

2. Kenderaan Persendirian Syarikat Perniagaan Pemilik Tunggal/Perkongsian

1. 2 salinan Borang Senarai Semak TM-1
2. 2 salinan Borang JPJK3 yang telah diisi dengan lengkap dan ditandatangani
oleh pemunya berdaftar dan pemunya baru;

a. Jika perniagaan pemilik tunggal, ditandatangani oleh pemilik perniagaan
tersebut;
b. Jika perniagaan perkongsian, ditandatangani oleh salah seorang ahli kongsi
yang diberi kuasa secara bertulis oleh semua rakan kongsi perniagaan
tersebut;

3. Perakuan Pendaftaran Kenderaan asal(JPJK2);
4. Dokumen pengenalan identiti orang yang menandatangani Borang JPJ K3,
samada;

a. Kad pengenalan; atau
b. Passport untuk warganegara asing; atau
c. Surat pengenalan sementara yang masih berkuatkuasa;
d. Salinan dokumen pengenalan identiti diri hendaklah disahkan oleh Pegawai
JPJ atau Pesuruhjaya Sumpah atau Jaksa Pendamai TM-AB atau Pejabat
Kedutaan / Pesuruhjaya Tinggi atau Konsulat Malaysia;

5. Dokumen pengenalan identiti syarikat Pemilikan Tunggal /Perkongsian (asal
dan salinan);
a. Borang D (Perakuan Pendaftaran Perniagaan);dan
b. Borang B (Maklumat Perniagaan dan Maklumat Pemilik Semasa); atau
c. Lesen Perniagaan yang disahkan oleh Pegawai JPJ atau Pihak Berkuasa
Tempatan yang berkenaan (Sabah dan Sarawak);
d. Salinan dokumen pengenalan identiti syarikat hendaklah disahkan oleh
Pendaftar Syarikat atau Pegawai JPJ;

6. Jika perniagaan perkongsian, surat persetujuan penjualan daripada semua ahli
rakan kongsi perniagaan tersebut;
7. Slip pembatalan e-Hakmilik/notis pembatalan tuntutan hakmilik pemunya
berdaftar; dan
8. Sijil Pemeriksaan Tukar Milik oleh PUSPAKOM yang masih berkuatkuasa.

3. Kenderaan Persendirian Syarikat Sendirian Berhad/Berhad

1. 2 salinan Borang Senarai Semak TM-1
2. 2 salinan Borang Borang JPJ K3 yang telah diisi dengan lengkap dan
ditandatangani oleh pemunya berdaftar dan pemunyabaru;
3. Borang JPJ K3 ditandatangani oleh Pengarah atau Pengurus Besar atau
Setiausaha atau lain-lain pegawai syarikat berkenaan yang diberi kuasa
secara bertulis olehsyarikat.
4. Perakuan Pendaftaran Kenderaan asal(JPJK2);
5. Dokumen pengenalan identiti orang yang menandatangani borang JPJK3, samada;

a. Kad pengenalan; atau
b. Pasport; atau
c. Surat pengenalan sementara yang masih berkuatkuasa;
d. Salinan dokumen pengenalan identiti diri hendaklah disahkan oleh Pegawai
JPJ atau Pesuruhjaya Sumpah atau Jaksa Pendamai TM-AB atau Pejabat
Kedutaan/Pesuruhjaya Tinggi atau Konsulat Malaysia;

6. Salinan dokumen pengenalan identiti syarikat SendirianBerhad/Berhad yang
disahkan oleh PendaftarSyarikat/Setiausaha Syarikat;

a. Borang 9 (Perakuan Pendaftaran Syarikat) atau Borang 13( Sijil Tukar
Nama); dan
b. Salinan Borang 49 (Butir–butir Pendaftaran BagiAhli Lembaga Syarikat);

7. Salinan Minit Mesyuarat atau Resolusi Syarikat untuk menjual kenderaan
berkenaan yang telah disahkan oleh Pendaftar / Setiausaha Syarikat; atau
Resolusi dari Ahli Lembaga Pengarah yang memberi kuasa kepada pegawai yang
dilantik bagi urusan tukar milik bagi kenderaan syarikat yang disahkan oleh
Setiausaha Syarikat;
8. Slip pembatalan e-Hakmilik/notis pembatalan tuntutan hakmilik pemunya
berdaftar; dan
9. Sijil Pemeriksaan Tukar Milik oleh PUSPAKOM yang masih berkuatkuasa.

B.Tukar hakmilik tidak sukarela

1. Pemunya berdaftar yang telah meninggal dunia
1. Borang JPJ K3A yang telah diisi dengan lengkap dan ditandatangani oleh
pemunya baru (penerima pusaka)
2. 2 salinan TM-3
3. Dokumen pengenalan identiti pemunya baru yang menandatangani borang JPJK3A,
samada;
a. Kad pengenalan; atau
b. Passport; atau
c. Surat pengenalan sementara yang masih berkuatkuasa; atau
d. Kad Pengenalan Polis; atau
e. Kad Pengenalan Tentera.
f. Salinan dokumen pengenalan identiti diri hendaklah disahkan oleh Pegawai
JPJ atau Pesuruhjaya Sumpah atau Jaksa Pendamai TM-AB atau Pejabat
kedutaan / Pesuruhjaya Tinggi atau Konsulat Malaysia;

4. Perakuan Pendaftaran Kenderaan asal(JPJK2);
5. Dokumen pengesahan pentadbir/pemilikan:

a. Perintah Mahkamah; atau
b. Surat Geran Probat (Grant Letter of Probate) atau
c. Surat Akuan/Arahan oleh Amanah Raya Berhad;atau
d. Surat Pentadbir Pusaka (Grant Letter of administrator) Pejabat Harta
Pusaka Kecil;

6. Sijil Pemeriksaan Tukar Milik oleh PUSPAKOM yang masih berkuatkuasa;
2. Kenderaan motor yang ditarik balik ( Repossesed di bawah Akta Sewa Beli 1967)
1. 2 salinan asal Borang JPJ K3A yang telah diisi dengan lengkap dan
ditandatangani oleh pemunya baru (Pegawai yang diberi kuasa oleh institusi
kewangan);
2. 2 salinan TM-3
3. Dokumen pengenalan identiti orang yang menandatangani orang JPJK3A, samada;

a. Kad pengenalan; atau
b. Passport; atau
c. Surat pengenalan sementara yang masih berkuatkuasa; atau
d. Kad Pengenalan Polis; atau
e. Kad Pengenalan Tentera.
f.. Salinan dokumen pengenalan identiti diri hendaklah disahkan oleh Pegawai
JPJ atau Pesuruhjaya Sumpah atau Jaksa Pendamai TM-AB atau Pejabat
Kedutaan/Pesuruhjaya Tinggi atau Konsulat Malaysia;

4. Surat kuasa daripada institusi kewangan yang melantik pegawai untuk
menandatangani JPJK3A;
5. Perakuan Pendaftaran Kenderaan asal (JPJK2);
6. Salinan dokumen identiti pengenalan syarikat (institusi kewangan) iaitu
Perakuan Pemerbadanan Syarikat sendirian (Borang 9 atau Borang 13 di bawah
Akta Syarikat 1965) yang disahkan oleh Pendaftar / Setiausaha Syarikat)
7. Satu salinan Jadual Keempat dan Jadual Kelima seperti yang ditetapkan di
dalam Akta Sewa Beli 1967 yang disahkan oleh pegawai institusi kewangan
tersebut .
8. Insuran atas nama pemunya baru jika Lesen Kenderaan Motor (LKM) masih
berkuatkuasa.
9. Sijil Pemeriksaan Tukar Milik oleh PUSPAKOM yang masih berkuatkuasa ;

3. Kenderaan motor rampasan,sitaan dan sebagai yang dilelong oleh Agensi Kerajaan

1. 2 salinan Borang JPJ K3A
2. Surat tawaran rasmi asal dan salinan daripada Jabatan yang melelong
Laporan pemeriksaan kenderaan PUSPAKOM (B2) asal dan resit bayaran/laporan
kimia
3. Laporan kimia (jika berkenaan)’
4. Sijil/Nota Perlindungan Insurans pemilik baru (jika berkenaan)
5. Notis penarikan balik tuntutan hak milik (pemunya berdaftar) dan tuntutan
hak milik (pemilik baru)
6. Laporan pemeriksaan kenderaan PUSPAKOM (B2) (kenderaan import) dan resit
bayaran asal
7. Bayaran yang ditetapkan

SUMBER: JPJ Malaysia

>Bagaimana Membeli Rumah Lelong

>Salam kepada pembaca semua. Kali ni, aku nak tulis pasal pembelian rumah lelong pulak. Mana tau, berguna kepada sesiapa yang hendak beli rumah sekarang. Bukan apa, bulan Jun nanti, dengar khabar harga rumah bakal naik mendadak. So, sesiapa yang belum ada rumah (termasuklah aku), lepas bulan Jun nanti terpaksalah beli rumah dengan harga yang agak tinggi. Nasiblah orang-orang muda macam aku ni.

Kepada sesiapa yang belum ada rumah, kalau berhajat nak beli rumah, bolehlah pertimbangkan nak beli rumah lelong. Tapi kena lah tengok rumah tu dulu macamana, kawasan dia strategik ke tidak, dan samada rumah tu rumah lama atau baru. Kadang-kadang rumah lelong murah, tapi kita kena spend duit pulak nak merepair rumah tersebut. Yang paling untung, dapat beli rumah lelong yang baru, mungkin pembeli asal tak dapat bayar rumah tu. So bank lelong lah rumah tu. Boleh la beli rumah macam tu.

Berikut merupakan tips, langkah-langkah yang perlu diambil oleh kita untuk membeli rumah lelong ni :

1. Menyediakan Deposit
Amaun deposit adalah bersamaan 5% ATAU 10% daripada Harga Rezab.
Anda perlu memastikan amaun ini daripada terma-terma di dalam Pengisytiharan Jualan (Proclamation of Sales) di iklan-iklan lelongan tersebut di akhbar atau pun melalui pelelong berkenaan.

2. Membuat Bayaran Deposit
Kebiasaannya 2 jenis bayaran yang diterima untuk deposit adalah melalui ‘Bankers Cheque dan ‘Cashiers Order’. Ada juga pelelong yang terima Kad Kredit atau Tunai.

Sekali lagi, anda perlu dapatkan maklumat ini di dalam Pengisytiharan Jualan atau menghubungi pelelong berkenaan. Adalah sebaiknya untuk mengelak daripada membayar secara Tunai.

3. Mendaftar Diri sebagai Pembida.
Hadir awal 1/2 jam sebelum lelongan untuk pendaftaran. Pastikan anda membawa bersama deposit anda untuk pendaftaran dan mendapatkan resit bayaran/borang pendaftaran pembida daripada pelelong.

Sila pastikan juga no. lelongan hartanah adalah sama dengan hartanah yang ingin dibida oleh anda. *Elakkan daripada memaklumkan kepada orang yang tidak dikenali daripada mengetahui hartanah yang ingin anda bida dan juga harga tertinggi yang sanggup anda bida. Ini adalah untuk mengelakkan daripada diketahui oleh sindiket di lelongan tersebut.

4. Menggunakan Ejen sebagai wakil anda
Boleh mendapatkan khidmat ejen hartanah yang boleh bertindak sebagai wakil kepada anda untuk membuat bidaan. Pastikan ejen tersebut adalah daripada wakil syarikat ejen hartanah yang sah, seperti saya.

5. Membuat Bidaan
Anda akan diberikan pad bidaan untuk membuat bidaan apabila giliran hartanah yang ingin dibida anda tiba. Pelelong akan membaca sedikit maklumat asas mengenai hartanah sebelum bidaan dimulakan pada harga rezab. Pelelong juga biasanya akan mengumumkan amaun kenaikan setiap bidaan jika terdapat lebih dari satu pembida, contohnya kenaikan RM1,000 pada setiap bidaan. Anda hanya perlu menunjukkan no. bidaan anda apabila ingin membuat bidaan. Lelongan akan berhenti apabila tiada lagi persaingan untuk bidaan.

6. Pengumuman pembida berjaya
Setelah tiada lagi pembida yang memuat tawaran lebih tinggi, pelelong akan mengira sehingga 3 (1,2,3) dan seterusnya mengetuk tukul menandakan lelongan ditutup dan mengumumkan pembida yang berjaya. Pembida yang berjaya kemudiannya dikehendaki untuk menandatangani borang penerimaan belian dan membayar baki deposit kepada pelelong selepas lelongan berakhir pada hari yang sama.

7. Mendapatkan Pinjaman
Dalam tempoh 90 atau 120 hari (tengok balik dalam POS), pembeli dikehendaki menjelaskan baki harga jualan sama ada dengan mendapatkan pinjaman ataupun membayar tunai. Jika tidak dilaksanakan, pembeli berisiko berhadapan kehilangan wang deposit melainkan kelewatan adalah bukan disebabkan oleh pembeli. Boleh minta lanjutan tempoh drpd pihak Bank tetapi atas budi bicara bank tersebut untuk memberi lanjutan tersebut. (bahaya!)

Untuk pengetahuan pembaca semua, aku ni tak pernah lagi beli rumah lelong. Cuma ini dapat dijadikan sedikit panduan untuk aku dan korang semua kalau teringin nak beli rumah lelong. Satu lagi tip penting, ada 2 jenis loan. Satu loan baik, dan satu loan ‘jahat’.

Loan baik ialah loan rumah, sebab bila kita beli rumah, harga rumah akan terus naik. Katakanlah harga rumah kita beli RM 100 ribu, dalam masa 10 tahun harga dia naik RM 200 ribu. Jadi, tak rugilah kalau kita buat loan 30 tahun sampai RM200 ribu. Pasal dalam masa 10 tahun je, kita dah dapat balik modal loan.

Manakala loan jahat ialah selain loan rumah, iaitu loan kereta, personal loan dan apa-apa jenis loan lah. Sebab bila kita nak jual barang yang kita beli tu, harga mesti jatuh dan kita pasti rugi. So kalau korang dah ada kereta, tapi berhajat nak beli kereta besar pulak, baik fikir banyak kali. Kalau kereta tu, masih boleh digunakan dan selesa untuk korang sekeluarga, baik tangguhkan dulu pembelian kereta tu. Beli rumah dulu. Sebab, kalau beli rumah pada umur muda, kita dapat bayaran bulanan yang lebih rendah. Kalau dah berusia, baru nak beli rumah, terpaksalah kita bayar bulan-bulan pada harga tinggi.

Ok, setakat ni dulu tulisan aku pasal jual beli rumah lelong ni. Kalau korang ada pendapat nak share kat sini, sila tinggalkan komen. Mungkin boleh berkongsi dengan pembaca-pembaca lain kat sini. Sekian.

>Selamat Datang Ke Dunia Jualan Online – E Bay

>Minggu ni, aku asyik tulis pasal ebay saja. Ya lah, pasal nak mulakan perniagaan di ebay, so aku mulakan dulu dengan sedikit research untuk memastikan langkah yang bakal diambil, tidak merugikan aku.

So dah banyak aku study dan research, so aku rasa boleh la aku kongsikan sedikit apa yang aku tahu dengan pembaca kat blog ni.

Sebelum ni, aku dah tulis pasal penggunaan kad debit / kredit dan juga penggunaan Paypal sebagai alat pembayaran di internet. Boleh rujuk tulisan aku sebelum ni.

Memang kad kredit / debit dan Paypal sangat penting dalam dunia jualan internet. Boleh dikatakan ia sangat berkait rapat antara satu sama lain. Manakala E-bay merupakan salah satu platfom kita berjual beli di internet. Kalau kat Malaysia, kita ada lelong.com dan mudah.my. Cuma kelebihan E-bay ni, kita boleh pasarkan barang kita kat luar negara.

Potensi keuntungan berniaga di luar negara sangat besar. Cuba bayangkan, kalau barang yang kita niagakan di internet tu berharga RM 3.oo, kalau kat luar negara baru US Dollar 1.00. So diorang takde masalah nak beli barang dari kita. Barang RM 30.00 baru US Dollar 10.00 diorang. So, memang tak mahal + kita boleh buat duit kat situ.

Antara kelebihan jual beli di Ebay ni:

  1. Mudah dan menjimatkan masa – mungkin di negara kita Malaysia, masih belum meluas lagi penggunaan internet untuk berjual beli. Tapi bagi masyarakat antarabangsa, membeli belah di internet sudah menjadi kebiasaan bagi mereka. Mungkin kerana kesibukan bekerja dan masa yang terhad, membuatkan mereka lebih suka membeli belah di internet sahaja.
  2. Sesiapa sahaja boleh berjual beli di internet pada hari ini dengan meluasnya penggunaan internet di dunia. Jadi pasarannya tersangat-sangat besar.
  3. Ebay menyediakan pilihan produk yang pelbagai untuk kita beli. Kita juga boleh membuat perbandingan harga dengan mudah antara penjual-penjual di samping membuat penawaran terus seperti kita membeli di kedai atau pasaraya.
  4. Membeli di Ebay adalah mudah dan menyeronokkan.

Antara kelemahan jual beli di Ebay ialah:

  1. Kita tidak boleh sentuh dan rasa barang yang hendak dibeli itu. Mungkin selepas penghantaran dibuat, sebenarnya barang yang kita hendak itu tidak sama seperti yang kita harapkan. Ini berbeza dengan pembelian di kedai. kita boleh terus mencuba dan merasa sendiri barang tersebut.
  2. Kos penghantaran yang mungkin tinggi (malahan ada yang lebih tinggi dari harga produk) apabila barang yang hendak dibeli itu adalah besar dan berat.
  3. Barang yang dibeli mungkin masa yang lama untuk sampai kepada kita – seminggu hingga 4 minggu, bergantung kepada syarikat penghantaran yang kita pilih. Untuk penghantaran domestik (dalam negara), kita boleh gunakan Pos Daftar untuk penghantaran dokumen dan Pos Laju untuk penghantaran parcel kerana ia lebih murah berbanding yang lain dan mengandungi ‘tracking number’ untuk keselamatan barang yang dihantar. Manakala bagi penghantaran antarabangsa, kita boleh pilih DHL Global ataupun FEDEX untuk penghantaran parcel manakala bagi penghantaran dokumen boleh gunakan Pos Daftar (ada tracking number).

Ok. setakat ni dulu, tulisan aku tentang jual beli di Ebay ini. Sekejap lagi aku nak bukak akaun paypal, dan cuba buat pembelian di Ebay. Nak tengok, berapa hari barang boleh sampai. Aku nak pilih barang murah-murah je, pasal nak test kan. Nanti aku akan share pengalaman pertama aku kat korang semua.